Pages

Thursday, 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171223

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Halim Nasir*
*Masjid Andalusia, Bdr Laguna Merbok*
*Bahrul Mazi jld 17*
☪Masalah 91  - Pada fakir itu lebih senang sebenarnya dari bala kaya.
▪ujian sewaktu miskin lebih mudah daripada ujian sewaktu kaya.
▪Kaya dan miskin adalah ujian tetapi ujian bagi yang kaya lebih berat.
▪Sewaktu kita miskin, kita dapat menahan sabar atas kesusahan.
▪Ujian sewaktu kaya tidak dapat tidak sering diambil mudah sekiranya lupa diri.
☪Kisah Qorun pada asalnya susah tetapi bila kaya Allah tenggelamkannya dengan kekayaannya.
Jangan sombong dgn harta krn bila² pun akan habis klu Allah berkehendak begitu.
▪Jangan mengeluh waktu kita susah dan jangan angkuh bila kaya.
▪Ramai juga manusia bila susah ingat Allah tetapi bila mula senang mula lupa Allah kerana sibuk dengan harta dunia.

*۞ إِنَّ الْإِنسَانَ خُلِقَ هَلُوعًا*
*Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); - {70:19}*
*إِذَا مَسَّهُ الشَّرُّ جَزُوعًا*
*Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; {70:20}*
*وَإِذَا مَسَّهُ الْخَيْرُ مَنُوعًا*
*Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut; {70:21}*
*إِلَّا الْمُصَلِّينَ*
*Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang - {70:22}*
☪ Tetapi jangan kuatir,  Allah adalah dzat yang *Maha Bijaksana dan Adill. Tidak mungkin Allah memberi manusia suatu penyakit tanpa ubat, suatu permasalahan tanpa solusi.*
Begitu juga dengan keluh kesah yang sering kita lakukan itu, *Allah sudah mempersiapkan ubat* dan solusi agar manusia tidak berkeluh kesah dalam menjalani hidup ini.
☪Kesimpulannya Istiqamah beribadah. Jalankan solat lima waktu, *berjamaah bagi laki-laki tanpa uzur, on time!*Jangan lupa solat sunnahnya juga dilakukan sebagai tambahan. _Keampuhan solat mengatasi keluh kesah_ akan berkurang.  Jangan hanya dilakukan saat kita tertimpa musibah atau sedang ujian berat. Solat yang dimaksud disini adalah solat wajib , senang susah, tertimpa musibah atau tidak, solat lima waktu WAJIB dilakukan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment