*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Amri Nasrun*
*Masjid Abu Bakar As siddiq - MABAS*
*Tuhan Memanggilku siri tadabbur Al Quran*
*Masjid Abu Bakar As siddiq - MABAS*
*Tuhan Memanggilku siri tadabbur Al Quran*
☪
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا*
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا*
*Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu. {4:29}*
☪Huraian Ringkas
*(1)*Tentang Hukum Pengurusan Harta. Harta ini penting kerana ianya menjadi sumber pendapatan manusia dan kalau ada ketidakpuasan hati, akan menyebabkan kekecohan, malah pembunuhan. Maka, Allah mengajar apakah yang perlu dijaga dan dipatuhi di dalam berurusan dengan harta.
*(2)*Perkataan ‘makan’ dalam ayat ini bermaksud ‘ambil’. Dan ia juga termasuk juga makan dan minum. Jangan urus, ambil, guna, makan harta orang lain dengan cara yang salah. Cara yang salah itu boleh jadi macam-macam – curi, tipu, rampas, rasuah, riba, cara peniagaan yang salah, gharar dan sebagainya. Semua itu termasuk dalam cara-cara yang salah, cara ‘bathil’.
*(3)*Malangnya, ramai yang menipu orang lain dan menggunakan bermacam-macam cara yang salah untuk mendapatkan duit.
*(4)*Perniagaan adalah bantu membantu. Satu pihak ada wang untuk diberikan dan satu pihak lagi ada barang untuk dijual. Kalau tidak ada syariat yang menetapkan perkara ini, tentu yang akan terjadi adalah rampas merampas. Rampas merampas itu tidak ada seorang pun yang suka dan ia sampai boleh membawa kepada perbunuhan kerana tidak puas hati. Sebab tidak ada yang rela orang ambil harta dia.
*(5)*Apabila perniagaan tidak dijalankan dengan jujur, ekonomi masyarakat akan jadi kacau bilau, kerana ada yang terlebih kaya dan ada yang terlebih miskin. Apabila ketidakpuasan semakin tinggi, kadar jenayah akan meningkat. Ini kerana korupsi akan bermaharajalela. Akhirnya, keadaan akan menjadi semakin teruk dan akhirnya akan terjadi perbunuhan sesama sendiri jikalau benda ini tidak dikawal dengan baik.
☪Kesimpulannya Allah amat kasih kepada hambaNya dan sebab itu Dia beri syariat. Syariat itu untuk kebaikan kita supaya perjalanan sosial dan ekonomi manusia jadi teratur, semua puas hati dan tidak berlaku kacau bilau dan perbunuhan. Cuma manusia tak suka ikut kerana ramai yang ikut nafsu.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment