*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Amri Nasrun*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Taalim Al Mutaalim*
*☪Surah An-Nisaa' Ayat 135*
*Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. {4:135}*
_📚Huraian Ayat_
_👉🏼Allah SWT memerintahkan kepada *manusia agar menjadi saksi yang jujur, semata² krn mengharapkan keredhaan Allah, tidak memutar belit kenyataan, tidak berat sebelah,* meskipun menyangkut dirinya sendiri, ataupun keluarganya.Jangan membuat keputusan krn kroni dan geng._
_👉🏼Apabila ada seseorang memberikan *persaksian yang tidak benar,* dengan maksud ingin menguntungkan dirinya atau keluarganya, maka cara serupa ini tidaklah dianggap suatu kebaikan, krn memberikan keterangan palsu dengan maksud memberikan pertolongan pada seseorang yang tidak dibenarkan syara' dan bukanlah suatu kebajikan, akan tetapi pada hakikatnya perbuatan yang demikian itu termasuk *membantu kejahatan dan menginjak² hak asasi manusia.*_
_👉🏼Sesudah itu Allah melarang kaum Muslimin memperturutkan hawa nafsu, agar mereka tidak menyeleweng dari kebenaran, krn orang yang terbiasa menuruti hawa nafsunya, mudah dipengaruhi oleh dorongan-dorongan hawa nafsu itu untuk melakukan tindakan yang tidak adil dan tidak jujur, *sehingga mereka tergelincir dari kebenaran*._
_👉🏼Apabila mereka memutar balikkan kenyataan dalam memberikan persaksian, sehingga apa yang dikatakan sesuai dengan kenyataan, atau mereka enggan untuk memberikan persaksian krn tekanan² yang mempengaruhi jiwanya, maka mereka harus ingat bahwa *Allah mengetahui apa yang terkandung di dalam hati mereka.*_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment