*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Nasir Awang*
*🕌Masjid Tuanku Puan Habsah-pdg temusu*
*📚Fiqh Kenegaraan*
▶Tanda seseorang yang ingat Allah, Allah akan ingat pada dia. Setiap apa yg kita lakukan ingatlah semuanya akan mendapat balasan:
*▪berbuat kebaikan akan dibalas kebaikan dr Allah*
*▪berbuat kejahatan tidak akan terlepas dr siksa api neraka Allah*
▶
*فَوَيْلٌ لِّلَّذِينَ يَكْتُبُونَ الْكِتَابَ بِأَيْدِيهِمْ ثُمَّ يَقُولُونَ هَٰذَا مِنْ عِندِ اللَّهِ لِيَشْتَرُوا بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۖ فَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا كَتَبَتْ أَيْدِيهِمْ وَوَيْلٌ لَّهُم مِّمَّا يَكْسِبُونَ*
*Kecelakaan besar bagi orang-orang yang menulis Kitab Taurat dengan tangan mereka (lalu mengubah Kalam Allah dengan rekaan-rekaan mereka), kemudian mereka berkata: “Ini ialah dari sisi Allah”, supaya mereka dengan perbuatan itu dapat membeli keuntungan dunia yang sedikit. Maka kecelakaan besar bagi mereka disebabkan apa yang ditulis oleh tangan mereka, dan kecelakaan besar bagi mereka dari apa yang mereka usahakan itu. {2:79}*
▶Ancaman “Neraka Wail” tiga kali bagi mereka yang menulis Kitab Suci lalu mengatakan “ini dari Allah” menunjukkan betapa murkanya Allah terhadap mereka yang melakukan suatu kebohongan dengan mengatakan namakan dr Allah. Berbohong adalah berdosa, tetapi sedapat mungkin hindarilah berbohong dengan mengatakan nama Allah. Kerana kalau itu Anda lakukan maka bersiap-siaplan menerima “kecelakaan yang besar"
▶Undang² dari Al Quran adalah dr Allah. Mustahil kita boleh menidakkan nya. Kita tak blh sewenang² mengubah hukum² yg telah Allah beritahu didalam Al Quran.
Sesiapa pun tak boleh terlepas dr undang² yg telah ditetapkan. Tidak kira la dia pemimpin atau rakyat. Tiada ada hak istimewa selagi kita bergelar makhluk Allah. *Yang paling mulia disisi Allah adalah mereka yg bertaqwa.*
▶Dalam aspek undang-undang, Rasulullah s.a.w. juga melaksanakan sepenuhnya sistem perundangan seperti yang dikehendaki oleh al-Qur’an baik dalam aspek jenayah mahupun dalam aspek mal (sivil). Perundangan Islam yang terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hudud, qisas dan ta’zir berteraskan keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira perbezaan darjat, status sosial, ekonomi, bangsa dan sebagainya. Orang yang bersalah tetap bersalah dan dikenakan hukuman yang setimpal sekalipun dia golongan bangsawan dan begitu juga sebaliknya.
▶Cuba kita lihat pula undang² dinegara kita. Adakah mengikut undang² yg Allah tetapkan? Undang² kita mengikut acuan penjajah. Segala hukuman dr tangan² yg tak kenal Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa² kita krn kegagalan ini.
Semoga suatu hari nanti undang² Allah tertegak dibumi bertuah ini.
▶Bila manusia ingat Allah, dia akan takut berbuat dosa. Kerana apa yg kita lakukan adalah dibawah pengawasan
Allah. Walaupun kita acapkali dikalahkan oleh nafsu dan kita terlanggar berbuat dosa. Tetapi bersegeralah bertaubat. *Mudah-mudahan Allah menerima taubat dr kita.*
▶Bertaubatlah sebelum nyawa tidak sampai dikerongkong atau pun ѕєвєlum matahari akan keluar sebelah barat. *Bila matahari sudah terbit dr sebelah barat maka taubat tiada gunanya lagi.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment