Pages

Sunday, 11 March 2018

CATITAN KAK IJA 180226

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Nurul Aswar Nasrun*
*🕌Masjid Qariah Taman Keladi*
*📚Jemputan*

*5 GOLONGAN YANG MENDAPAT GANJARAN SYURGA*

1⃣Golongan *ORANG² YANG SABAR:*
▪Tidak terbilang nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada manusia oleh itu, sentiasalah memanjatkan rasa syukur. *Ciri orang Mukmin yang sentiasa bersyukur ialah bersabar apabila dilanda musibah* dan bersyukur di atas setiap pemberian.
▪Selain itu, manusia sentiasa *bersabar melayakkan mereka masuk syurga.* Sesungguhnya Allah SWT berserta dengan orang yang sabar. Memupuk sifat sabar dalam diri bukanlah sesuatu yang mudah tetapi mengambil masa yg panjang.
Bagaimanapun, tidak ramai yang mampu bersabar sedangkan Allah SWT memberi ujian mengikut kemampuan manusia itu. Allah SWT tidak akan masukkan seseorang ke dalam syurga sehingga mengetahui dia benar-benar berjuang di jalan-Nya dan bersabar menghadapi ujian di dunia ini.
▪Sabar dalam mengerjakan/  *taat pada perintah Allah dan sabar dalam meninggalkan maksiat.*
▪Nak nasihat kan orang utk bersabar tu mudah tetapi yg nak melaksanakan tu yg payah, *kita yg suruh org bersabar pun tak tentu blh buat atau tidak bila tertimpa ujian.*

2⃣Golongan yang membenarkan kalimah yang Allah suruh. *Fiddunya wal Akhirah*
▪Nabi Muhammad SAW mengajar kita dengan doa² yang baik. *Jangan tinggal doa² yg baik.*
▪Rasulullah SAW ajar kita berdoa kepada Allah. Antara doa² yg baik ialah:
*(1)* doa minta ampun pada Allah.
*(2)* doa minta keselamatan dunia dan akhirat.

3⃣Golongan yang ke 3 ialah kena jadi orang yang *taat dan patuh kepada perintah Allah.* Kita sebagai hamba tidak boleh mempertikaikan segala yang Allah perintahkan.

4⃣Golongan yang ke 4 ialah mereka yang *menginfakkan harta mereka* kejalan Allah.

5⃣Golongan yg ke 5, *Berdoa diwaktu sahur.* Kena banyak minta ampun kepada Allah. Banyakkan beristighfar kerana kita adalah orang-orang yang berdosa.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment