Pages

Tuesday, 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180111

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Mutalib Maarof*
* Masjid Abu Bakar As*
      *Siddiq-MABAS*
*Sairus Salikin juzuk*   
      *kedua*
*Pada Menyatakan segala Adab Yang Kemudian drpd Makan*
*Adab yang pertama*
▪Berhenti sebelum kenyang dan makan ketika betul² lapar.
路‍♂Berbeza dgn orang kita, makan ikut 'time' bukan ikut lapar.
*Adab yang kedua*
▪Selesai makan itu *disunnatkan*menjilat jari, kemudian di sapu dgn sapu tangan akhir sekali basuh dgn air.
路‍♂Orang kita selesai makan basuh terus dgn mengunakan air kemudian baru lap dgn kain.
*Adab yang ketiga*
▪Di sunnat selesai makan jika ada roti / nasi yg terjatuh dipunggut sama ada roti atau nasi.
▪Pastikan terjatuh ditempat yg bersih dan kering.
▪Sabda Nabi SAW : *Barang siapa memakan akan makanan yg gugur drpd hidangan itu nescaya hidup ia didalam keluasan drpd rezekinya dan disembuhkan akan dia didalam badannya dan anaknya.*
*Adab yang keempat.*
▪Sunnat buang celah² gigi makanan yg terlekat.
▪Makanan yg dibuang dgn kayu cungkil jangan dimakan balik (elok dibuang) tetapi makanan yg dihimpun dgn menggunakan lidah boleh ditelan.
*Adab yang kelima*
▪Sunnat menyapu didalam pinggan dgn jari telunjuk dan dijilat jari telunjuk itu.
*Adab yang keenam*
▪Hendaklah bersyukur dengan rezeki yg Allah bagi. Makanan itu adalah nikmat dari Allah. Firman Allah:
*كُلُوا مِن طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ*
*Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah*
*Adab yang ketujuh*
*▪▪Berdoa dan bersyukur kerana memakan makanan yg halal.*
▪Setiap ucapan doa *dilantunkan kena ada hati yang mengiyakan*. Jangan mulut kata tapi hati lalai.
*▪▪Berdoa tatkala memakan makanan yg syubhah.*
Kena hadir rasa sedih krn memakan makanan yg syubhah. (makanan spt daging import dan ayam sembelihan )
▪Banyakkan beristighfar krn makanan yg haram itu maka api neraka lah yg layak utknya.
▪Banyak sangat makanan dimalaysia yg syubhah. Badan yang dilantik pun buat kerja sambil lewa.
▪Sunnat membaca surah al ikhlas dan surah quraisy. Berserah diri kepada Allah. Kita tiada daya upaya.
▪Sesiapa yang menerima makanan/ apa saja dr orang lain, *selayaknya berdoalah untuk kesejahteraan pada yg memberi.*
▪Jika kita diajak makan di suatu tempat makan, di rumahnya atau di tempat selainnya. Hendaknya setelah selesai bersantap atau menerima makanan itu, *kita mendoakan orang tersebut dengan doa yang telah dicontohkan oleh Nabi SAW di atas, selain dari mengucapkan jazaakalloh khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan).* Sebab di dalam Islam, sesama muslim sangat dianjurkan untuk *saling mendoakan kebaikan di antara mereka.*
▪Sebenarnya apa saja kebaikan yang org buat utk kita, berdoalah utk dia didepannya. Besar pahala nya dan doa² yg baik akan kembali kpd kita juga.
▪Sering² lah menjamu pd mereka yg berpuasa.
Berdoalah kepada mereka yg menyediakan makanan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment