*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Ahmad Najhan*
*🕌Kuliah dhuha*
*📚Bingkisan sahabat*
*SIAPAKAH YANG LEBIH BANYAK DOSA❓*
▶Ada suatu kisah seorang Penuntut ilmu yang menuntut ilmu pada seorang ustaz. Bertahun-tahun telah berlalu hingga sampai pada suatu ujian terakhir. Ia menghadap uataz untuk ujian tersebut.
*🗣Ustaz : "Hai si fulan, kau telah menempuh semua ujian belajar dan tinggal satu ujian, kalau kamu blh menjawab bererti kamu lulus", kata Ustaz tersebut.*
*👤Si Fulan : "Baik Ustaz, apa pertanyaannya?"*
*🗣Ustaz : "Kamu cari orang / makhluk yang LEBIH BANYAK DOSA dari kamu, kamu aku beri waktu 3 hari"*
▶Akhirnya pelajar tersebut meninggalkan pondok untuk melaksanakan tugas dan mencari jawapan atas pertanyaan Ustaz tersebut.
▪Hari pertama.
Penuntut ilmu bertemu dengan pemabuk yang dapat dikatakan hampir tiap hari mabuk-mabukan.
Penuntut pun berkata dalam hati,
*👤"Inilah orang yang lebih jelek dariku, aku telah beribadah puluhan tahun sedang dia mabuk-mabukan terus."*
▪Tetapi sesampainya ia di rumah, timbul dalam pikirannya,
*👤"Belum tentu, sekarang mungkin si pemabuk itu melanggar syari'at, siapa tahu pada akhir hayatnya Allah memberinya hidayah dan dia khusnul khotimah. Dan mungkin aku sekarang memang banyak ibadah, tetapi pada akhir hayat dikehendaki su'ul khotimah, bagaimana? Dia belum tentu lebih jelek dariku.*
▪Hari kedua..
Pelajar keluar rumah dan bertemu dengan seekor anjing yang menjijikkan rupanya, sudah bulunya kusut, berkudis, dan sebagainya.
Penuntut ilmu itu tergumam, *👤"Bertemu sekarang yang lebih jelek dari saya, anjing ini sudah haram dimakan, kudisan, jelek lagi."*
▪Penuntut ilmu gembira krn telah dapat jawaban atas pertanyaan ustaznya. Namun ketika akan tidur ba'da Isya', dia merenung.
*👤"Anjing itu kalau mati, habis perkara dia. Dia tak akan dimintai pertanggung jawaban atas perbuatannya oleh Allah, sedangkan saya pasti akan dimintai tanggung jawab yang sangat berat yang jika saya berbuat banyak dosa, saya akan masuk neraka.*
*"Aku tak lebih baik dari anjing itu."*
▶Hari ketiga.
Akhirnya penuntut ilmu itu menghadap ustaz. Ustaz bertanya,
*🗣"Sudahkah mendapat jawaban atas pertanyaanku hai si fulan?"*
*👤"Sudah Ustaz" penuntut ilmu menjawab.*
*"Ternyata orang yang paling tak bagus adalah saya ustaz."*
*🗣Ustaz tersenyum, "Kamu ternyata lulus."*
▶Pelajaran yang dapat kita petik dari kisah ini adalah:
▪Selama kita masih sama-sama hidup, kita tak boleh merasa lebih baik dari makhluk atau orang lain, krn kita tidak tahu bagaimana akhir hayat kita nanti.
▪Bukan tugas kita menghakimi orang lain, kerana belum tentu kita bagus sebelum kita menghakimi diri sendiri.
▪Kita manusia ni kalau asyik melihat aib orang, itu sebenar aib kita yang sedang kita jajakan.
▪Selagi masih hidup jangan tinggal majlis ilmu kerana tanpa ilmu manusia itu buta, pekak dan bisu. Tidak perlu menghakimi orang lain😉
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment