*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Habib Najmudin Othman*
*🕌Masjid Bandar Baru*
*📚Tafsir Hadis*
_☪Daripada mafhum hadis nabi:_
*Suatu hari tiga orang sahabat nabi termasuklah salah seorangnya Saidina Abi Hurairah r.a. duduk dalam masjid sambil berdoa bersama-sama. Lalu datang baginda Nabi SAW duduk bersama dalam majlis doa tersebut. Tiga orang sahabat ini berhenti berdoa. Baginda meminta tiga sahabat terus berdoa dan Nabi sendiri mengaminkan doa mereka. Maka tiga sahabat ini tidak melepaskan peluang lalu sahabat pertama terus berdoa dengan doa yang sangat panjang dan Nabi terus mengaminkan doa mereka. Selesai sahabat pertama maka sahabat yang kedua pun berdoa dengan doa yang sangat panjang dengan di aamiinkan oleh baginda SAW. Sampai kepada giliran Saidina Abi Hurairah, beliau berdoa:*
_"Ya Allah kabulkanlah permintaan dua orang sahabat ini dan berikanlah apa kebaikan yang mereka pinta kepada ku juga. Dan kurniakanlah kepadaku ilmu yang tidak akan lupa"._
*Lalu baginda mengaamiinkan doa tersebut. Kedua-dua sahabat lain tidak berpuas hati tetapi baginda Nabi SAW memuji sifat Saidina Abi Hurairah kerana kebijaksanaannya.*
*Rumusan📖:*
_1⃣Kita dibolehkan untuk berdoa seperti Saidina Abi Hurairah._
_2⃣Digalakkan berdoa sedemikian ditempat orang yang ramai seperti di masjid², solat Jumaat, di Masjid Nabi, di Masjidil Haram, ketika tawaf dll tempat yang baik._
_3⃣Contoh doa *"Ya Allah kabulkanlah permintaan orang-orang dalam masjid ini dan berikanlah apa kebaikan yang mereka pinta kepada ku juga"*_
_4⃣ *Ini dinamakan kebijaksanaan dalam berdoa.* Jangan tamak berdoa utk sendiri. Berdoalah untuk sahabat² yang ada didalam masjid atau musolla😉_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment