*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Rosli Bashar*
*🕌Masjid Sungai Pasir*
*📚Kuliah Bulanan*
*▶Hal-hal yang dapat menghindarkan dari azab kubur◀*
*(1)* Berbuat kebaikan dan kebajikan kepada orang tua.
*(2)* Percantikkan wuduk. Ambil wuduk biar sempurna dan cantik.
▪Lebih baik ambil wuduk di rumah bagi sempurna sebelum kw masjid atau musolla.
▪Nak mengadap Allah biar cantik wuduk kita.
▪wuduk akan datang masa di alam kubur sebagai penyelamat.
*(3)* Zikir merupakan nyawa kepada diri selepas berada di dalam kubur nanti.
▪Zikir merupakan pelindung kepada diri di dalam menjalani kehidupan seharian seperti zikir sebelum makan, ketika memulakan perjalanan, untuk menjaga ahli keluarga dan sebagainya yang telah disusun oleh para alim ulama’, malah ia merupakan pelindung daripada azab kubur.
*(4)* Perlu dilakukan untuk menghindarkan diri daripada azab kubur ialah dengan memelihara solat dan ia merupakan soalan pertama yang akan ditanya ketika berada di hadapan Allah pada hari akhirat kelak.
▪Rasulullah SAW menyebut: “Sesiapa yang mendirikan solat, dia sudah mendirikan agama pada jasadnya. Mereka yang meninggalkan solat, dia sudah menghancurkan agama yang ada pada dirinya.”
▪Simbol kehambaan diri kita kepada Allah SWT ialah melalui ibadah solat dan orang yang dapat sujud kepada Allah merupakan satu nikmat yang sangat besar kepada dirinya.
*(5)* Selain itu puasa wajib dan puasa sunat merupakan amalan kelima yang dapat mengelakkan diri seseorang daripada diazab di dalam kubur kerana kita akan disoal berdasarkan apa yang telah kita makan ketika hidup di dunia.
▪Puasa juga akan menjadikan kekenyangan kepada diri ketika berada di alam kubur.
▪Oleh itu adalah digalakkan agar umat Islam mengamalkan puasa pada hari 13, 14 dan 15 mengikut kalendar Islam setiap bulan, puasa setiap hari Isnin dan Khamis atau jika berkemampuan, diajar berpuasa sebagaimana yang diamalkan oleh Nabi Daud AS iaitu selang sehari.
_(bersambung bulan depan)_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment