Pages

Sunday, 4 March 2018

CATATAN ILMU #TAUHID #1

CATATAN ILMU #TAUHID #1
PENGENALAN KEPADA ILMU TAUHID.

Takrif / Definisi :

هو إفراد المعبود بالعبادة مع اعتقاد وحدته والتصديق بها ذاتا وصفات وأفعالا

Tauhid ialah mengesakan akan Allah dengan ibadah, serta i'tiqad di dalam hati akan ke-Esa-an Allah pada Dzat-Nya, pada tiap-tiap sifat-Nya dan pada perbuatan-perbuatan-Nya.

هو إثبات ذات غير مشبهة للذوات ولا معطلة عن الصفات

Tauhid ialah menetapkan keyakinan bahawa Dzat Allah tidak sama seperti dzat-dzat lain, begitu juga tidak hilang sifat-sifat kesempurnaan pada Dzat-Nya.

Rujukan:
Tuhfah al-murid 'ala jauharah at-tauhid.

🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅🔅

🔷Maka, mudah cakap. Ilmu tauhid ini ialah suatu ilmu untuk MENGESAKAN ALLAH.

Ilmu tauhid mempunyai tiga bahagian :
1⃣ Bicara tentang KETUHANAN
2⃣ Bicara tentang KENABIAN
3⃣ Bicara tentang PERKARA SAM'IYYAT (iaitu perkara² yg tak dapat kita ketahui melainkan pedoman daripada wahyu Allah berkenaan perkara-perkara yg ghaib seperti hari kiamat, syurga, neraka dan sebagainya)

🔷Ilmu tauhid ini merupakan semulia-mulia ilmu. Syeikh fudholi menyebutkan di dalam kitabnya, kifayatul awwam "Dan setiap ilmu itu merupakan hamba bagi ilmu tauhid".

🔷Imam ghazali pula menyebutkan
 "لا يصح العبادة إلا بمعرفة المعبود "
Maksudnya, tidak sah ibadah melainkan setelah mengenali yang disembah.

👆🏽Ini menunjukkan kepada betapa pentingnya mempelajari ilmu tauhid dan mengamalkannya.

"AWWALUDDIN MAKRIFATULLAH"
Seawal-awal agama ialah mengenal Allah. Apakah maksud mengenal di sini? Iaitu mengenal dengan makna TAHU akan hukum dzat dan sifat-sifatnya. Bukan tahu hakikat dzat dan sifat. Maka, ulama mutakallimin menyusun ilmu sifat 20 sebagai suatu wasilah untuk kita mengenal Allah.


@catitanilmutauhid Aida Syuhada

No comments:

Post a Comment