CATATAN ILMU #TAUHID #3
MAKRIFATULLAH = MENGENAL ALLAH
📜Apakah takrif makrifah/mengenal?
Iaitu jazam (pegangan di dalam hati dengan putus/teguh/utuh) yang muafakat atau bertepatan dengan perkara sebenar beserta dalil.
Samada ia dalil ijmali (fardu ain) ataupun dalil tafsili (fardu kifayah).
📝Maka, daripada takrif di atas, kita faham bahawa SYARAT makrifah itu ada 3:
1⃣Jazam (pegangan yang utuh di dalam hati)
2⃣Muafakat/bertepatan dengan perkara sebenar (membetuli dengan perkara di sisi Allah itu)
3⃣Dalil
✅Disertakan beberapa persoalan untuk lebih hampir kepada faham :
🔺S: Apakah hukum iktiqad (kepercayaan) yang jazam, mufakat dan bertepatan dengan perkara sebenar tetapi tidak disertakan dengan dalil?
🔺J: Maka ini taqlid namanya (ikut cakap orang tanpa mengerti dalil). Ulama berkhilaf pada menghukumkan muqallid. (Telah dijelaskan dalam nota sebelum ini)
🔹S: Apakah hukum iktiqad yang jazam tetapi tidak muafakat dengan perkara sebenar?
🔹J: Maka ini dinamakan jahil murakkab (Berlapis jahil, dia jahil dan dia tidak tahu dia itu jahil bahkan merasa betul). Maka hukumnya kufur, seperti iktiqad golongan kristian bahawa tuhan ada 3.
🔸S: Apakah hukum iktiqad yang tidak sampai peringkat jazam?
🔸J: Adakalanya ia iktiqad yang syak (ragu-ragu), zhon (lebih berat percaya daripada tidak percaya) , ataupun waham (Ringan percaya daripada tidak percaya). Ketiga-tiga ini hukumnya kufur.
@catitanilmutauhid Aida Syuhada
No comments:
Post a Comment