Pages

Sunday, 11 March 2018

CATITAN KAK IJA 180308

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Mutαllíв Maarof*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Sairus Salikin Juzuk 2*
*📖Catatan Ringkas*

*FASAL YANG KELIMA*
_(Pada Menyatakan Adab Mendatangkan Makanan Kepada Segala Saudara Yang Datang Ziarah Kepadanya)_

*☪Bersabda Nabi saw: “Apabila datang kepadamu orang berkunjung maka muliakanlah dia !”.*
▪jika ada  orang ziarah kamu, muliakan dia.
▪Dalan islam ziarah menziarahi itu sesuatu perbuatan yang mulia.
▪Sekiranya kita berpuasa sunat dan ada tetamu datang ke rumah, eloklah berbuka tanda kita rai tetamu.
*▪Berkata Ali ra: “Lebih saya sukai mengumpulkan teman-teman pada satu gantang makanan, daripada aku memerdekakan seorang budak.*

*☪Bersabda Nabi saw: Barangsiapa memberi makanan kepada saudaranya, sehingga mengenyangkannya dan memberi minuman, sampai hilang hausnya, niscaya ia dijauhkan oleh Allah Ta’ala dari neraka, sejauh 7 parit besar, dimana diantara dua parit itu, sejauh perjalanan 500 tahun”.*
▪Besar sangat ganjaran dari Allah kerana menjamu tetamu tetamu (memberi makan dan minum).

*☪Bersabda Nabi saw: “Sesungguhnya dalam syurga itu, ada kamar-kamar, yang kelihatan zahirnya dari dalam (batinnya) dan kelihatan batinnya dari zahirnya. Kamar-kamar itu adalah untuk orang-orang yang berkata lemah lembut, memberikan makanan kepada orang dan mengerjakan solat pada malam hari, dimana manusia lain sedang tidur”.*
maksud hadis tersebut syurga bagi :

1⃣Orang yang bercakap lembut tidak menyakitkan dan tidak mengeluarkan perkataan² yang memalukan.
2⃣Orang yang suka bagi makan. Niat nak bagi orang makan dan berusaha dengan niat yang betul.
3⃣Orang yang solat malam.
▪berdoa dan merayu kepada Allah dengan penuh harap.
▪Orang nak sampai kepada Allah kena solat malam.
▪apa pun ibadat yang kita lakukan disiang hari dan dimalam hari, kelazatannya tidak sama. Di malam hari kita akan rasa kesayuan dan kelunakan mengalunkan bacaan al quran dan zikir.

☪Diriwayatkan dari setengah ulama Khurasan, bahawa ia menyajikan kepada teman-temannya makanan yang banyak, yang tidak sanggup mereka makan semuanya. Ulama itu mengatakan: *“Sampai kepada kami dari Rasulullah saw bahwa baginda bersabda: “Bahawa teman-teman itu apabila mengangkat tangannya dari makanan, niscaya tidak diadakan hitungan amal (tidak dihisab) orang yang memakan sisanya”.* Maka saya menyukai memperbanyakkan, apa yang akan saya sajikan kepada tuan-tuan, supaya dapat kami memakan sisanya itu”.
▪Makanan yang tersisa dari tetamu ada keberkatannya.
▪Jangan dibuang makanan ditinggalkan oleh tetamu(tak habis makan) kerana disitu ada berkatnya.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment