*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Sobri Arshad*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Tafsir Al Quran & Hadis*
☪Meriwayatkan hadis dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda, *“Setiap mukmin dihadapkan pada lima ujian;*
*▪mukmin yang menghasudnya,*
*▪munafik yang membencinya,*
*▪kafir yang memeranginya,*
*▪ nafsu yang menentangnya,*
*▪dan syaitan yang selalu menyesatkannya.”*
_(HR ad-Dailami)_
*📖Maksud Hadis*
1⃣mukmin yang mendengkinya. Kita mengetahui bahawa setiap orang yang mendapat kenikmatan, pasti akan ada orang lain yang tidak menyukainya (dengki). Dari sini, timbullah sikap hasad.
*Penyebab hasud itu, antara lain, kerana permusuhan dan kebencian yang mengharapkan agar kenikmatan musuh menjadi hilang dan berpindah ke pihaknya.*
Hasad juga boleh muncul akibat kesombongan yang menjadi watak dirinya. Sehingga, ia senantiasa merasa kuawatir bila ada orang lain yang lebih hebat dari dirinya dan meremehkannya. Cara menghadapi hal ini adalah dengan menjauhi *tukang hasud yang suka menggunjing, mengadu domba dan menfitnah.*
2⃣Ujian bagi mukmin yang kedua adalah kaum munafik yang selalu membencinya. Sifat munafik lebih berbahaya dari kufur. *Sebab, orang yang munafik itu sering menampakkan wajah keislaman (seakan-akan baik),* padahal dirinya menyimpan permusuhan dalam hatinya. Mereka ini bersekongkol dgn org² kafir.
3⃣Ketiga, orang kafir yang memerangi. Kaum kafir adalah pendukung kebatilan, syaitan dan berusaha mencelakakan orang Islam.
*Serangan pemikiran edeology utk merosakkan pemikiran org² islam.*
4⃣Musuh mukmin yang paling bahaya adalah nafsu *yang ada dalam dirinya.* Untuk itu, kita wajib membersihkan hati dari semua akhlak tercela dan *mengisinya dengan kekuatan iman dan kasih sayang.* Di samping harus senantiasa berpegang teguh pada ajaran Ilahi.
5⃣Kelima, syaitan yang selalu berusaha menyesatkan.
Setiap mukmin wajib mewaspadai dan menutup rapat semua pintu masuk yang dilalui syaitan, seperti marah, syahwat, ketergesa-gesaan, kikir, takabur. *Agenda syaitan adakah menyesatkan org² yg beriman.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment