*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Hafis Mustafa Lubis*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Sairus Salikin- Adab² Bersahabat*
*📚Fasal Yang Ketiga*
▪Orang yabg berakal yakni cerdik adalah sifat nabi saw. Orang yang alim belum tentu cerdik. Kerana kecerdikan nabi saw, baginda dapat sebarkan islam kepada penduduk jahilliah. *Kalau nak berkawan jgn pilih yang pandai sahaja tetapi yang cerdik dan beriman.*
▪Cerdik sifat nabi iaitu fatonah. Cerdik ni akal panjang. Dapat berfikir dengan baik dan boleh membuat keputusan. Cerdik itu dapat dr pengalaman. Bila berkawan, kita boleh kenal sama ada seseorang iti cerdik atau tak berakal.
▪“Hendaklah kita memilih sahabat dengan 5 syarat.”
Dan kata Sayyidina Ali r.a:
1⃣Orang yang berakal: Berkawan dengan orang yang jahil akan menimbulkan persengketaan. Takut kita akan terikut jadi macam sahabat tadi. Cari sahabat yg berakal.
2⃣Baik dari segi peribadi dan akhlaknya: Elakkan bersahabat dengan orang yang jahat dan buruk perangainya kerana ianya akan mempengaruhi kita. *Orang yang cerdik akan jadi kurang cerdik jika berkawan dengan orang kurang cerdik.*
*3⃣Jangan berkawan dengan orang yang fasik kerana ianya akan sentiasa mengekalkan dosa yang besar dan kecil.* Lihat dengan siapa sahabat kita berkawan. Kalau dia berkawan dengan orang baik, sahabat kita pun akan menjadi baik tetapi kalau dia berkawan dengan kaki tikam ekor, kalau dia tak main judi pun dia akan makan hasil duit judi sahabatnya.
*4⃣Jasbah:* kalau seseorang itu kaki mengaji dia akan ada hubung kaitnya. Jangan berkawan dengan orang yang sangat kasih pada dunia: Kasih pada dunia di sini bermaksud sesuatu perkara yang bertentangan dengan suruhan Allah. Jika berkawan dengan orang yang sebegini, dia akan terikut-ikut dengan tabiat rakannya.
5⃣Dalil dan bukti. Sekiranya kita bersahabat dgn seseorang, adakah sahabat itu membawa kepada keduniaan dan laqa'. Kita syok tak berkawan dgn org demikian. *Kalau kita suka maknanya kita suka org mcm tu dan kita pun sebenarnya macam tu la juga. Nilai diri sendiri. Jangan menghakimi orang lain, hakimi diri sendiri. Siapa sahabat kita, itulah kita* Demikian itu akan membawa kepada kebinasaan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment