*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
*بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*🌹ρєякσиgѕιαи🌹*
*🎙Ustaz Marzuki Yusuf*
*🕌Masjid Padang Temusu*
*📚Kitab 'apa ertinya saya menganut ISLAM'*
*📖Bab 5: saya mestilah dapat menguasai diri*
*☪Akal:* Akal adalah (ciptaan Allah) yang dapat melihat, mempunyai daya memahami sesuatu, mampu membezakan dan dapat menyimpan sesuatu fahaman dari ilmu²nya di mana dengan ilmu itu kelak ia dapat menghampirkan diri dgn Allah, mengetahui keagungan Allah serta kekuatannya.
åada akal tiada nafsu- malaikat.
åada akal ada nafsu-manusia.
åada nafsu tiada akal-binatang.
▪manusia yang *menggunakan akal alhamdulillah* tetapi manusia yang hanya *bertuhankan nafsu Na'udzubillahimindzalik.*
▪manusia yang baik *menggunakan akal dan tidak melakukan 'kerja' jahat*. Dan manusia yang *menggunakan nafsu lebih jahat dia dari binatang.*
🔴Akal seperti inilah yang dimaksudkan oleh firman Allah:
*إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاءُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ*
*Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba²Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun. (Surah Al-Fatir 35: Ayat 28).*
▪kita mengucap syahadah kerana kita kenal tuhan. Kita bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah. Bagaimana orang yang tidak kenal tuhan nak mengucap syahadah.
▪Kita kenal Allah dan tahu sifat² Allah. *Awaluddin makrifatullah,*- *Awal beragama adalah mengenal Allah*
🔴Rasulullah s.a.w menyebut betapa tingginya nilai akal ini dalam sabdanya:
*ما خلق الله خلقا أكرم عليه من العقل*
*“Allah tidaklah mencipta suatu kejadian yang lebih mulia dari akal”.*
▪Kita manusia yang berakal, hidup bersandarkan kepada Allah. Berdoalah pada Allah semoga terangkat doa² kita.
▪Jangan menangkan nafsu dan kalahkan akal. Bangun disaat org lain sedang lena utk kita bermunajat kepada Allah. Dari jam 2.00 pagi - sebelum subuh.
▪Waktu ni pintu langit terbuka dan Allah mendengar doa² hambanya. Dan Doa² itu di aminkan oleh para wali Allah.
▪Semoga kita ada 'tali' untuk berhubung dgn Allah. Dan berdoa itu adakah senjata org² mukmin
▪Jangan putus hubungan dengan Allah kerana takut akan menjadi 'liar'
🔴Rasulullah s.a.w berpesan kepada Sayidina Ali Karramallahu wajhah:
*إذ تقرب الناس إلى الله تعالى بأنواع البر فتقرب أنت بعقلك*
*“Apabila manusia mendampingi Allah dengan melakukan berbagai amalan kebajikan maka engkau dampingilah Allah dengan akal fikiran engkau”.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
*#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا*
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══
No comments:
Post a Comment