Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171219

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Guru Siddiq Noor*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq - Mabas*
*Kitab Hikam*
_(cαtαtαn ríngkαѕ)_
Apakah bukti atau dalil bahawa Allah itu ada?
Dalil bahawa Allah itu ada ialah *adanya alam ini.*
Rugilah manusia yang enggan melihat tanda-tanda atau bukti-bukti kewujudan Allah swt. yang terbentang di depan mata kita ini.
Hakikat Allah s.w.t. mestilah diketahui berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Allah s.w.t. *melalui wahyuNya dalam al Quran mahupun Hadis.* Tidak ada sesiapa juga yang dapat mengetahui hakikat Allah melalui sumber-sumber yang lain.
Berdasarkan wahyuNya, kita mengetahui bahawa Allah s.w.t. adalah Tuhan Yang Maha Esa dan berbeza daripada segala makhluk yang terdapat dalam alam semesta ini.
Dalil adanya Allah. Dia Allah Ta ala yang mengatur alam semesta ini, mematikan makhluk & menghidupkan, memuliakan makhluk & menghinakan, mengganti siang menjadi malam, malam menjadi siang, menerbitkan matahari, menenggelamkan.
Allah mengatur alam ini dengan begitu teliti dan sempurna sekali. *Setiap kejadian atau ciptaanNya ada pertalian antara satu dengan yang lain.* Allah mencipta alam ini lalu diatur, diurus dan dijaga supaya alam berjalan dengan sempurna untuk kehidupan manusia yang telah dipilih Allah untuk menjadi Khalifah di atas muka bumi ini.
▪Kita berdailog dgn Allah semasa kita membaca  fatihah didalam solat.
▪Bila kita berdoa kita tahu Allah mendengar dan memakbulkan doa.
▪Bila kita sedar Allah itu ada, kita takut nak buat maksiat kerana kita tahu Allah melihat.
▪Keimanan seseorang bukan blh dibuat² krn ianya bergantung kpd amalan kita. Baik ibadah kita, maka baiklah tingkatan iman.
▪Kita tahu Allah itu ada dan dekat dgn kita. Allah tidak jauh dr kita. Bila kita tahu Allah tu ada dan dekat, kita seronok nak beribadah.
Kita melakukan ibadah² fardhu krn itu wajib ke atas setiap umat islam. Tetapi kita kena tambahkan ibadah² sunat krn kita *nak dekat dgn Allah dan berdamping denganNya.*
▪amalan² sunat membawa kepada  bertaqarup kepada Allah.Itu tandanya Allah sayang kpd kita.
▪Kita istiqamah beribadah kpd Allah bukan blh di buat². *Ibadah yg kita buat kerana manusia tidak kekal lama* tetapi ibadah yg kita buat krn Allah itulah hidayah dr Allah.
▪ *Kelazatan dalam beribadah* dan menuntut ilmu bukan semua org blh dapat. Begitu juga dengan *solat berjemaah bukan semua boleh istiqamah.* Dan berbahagialah mereka yg telah di anugerah Allah.
▪Tanda Allah sayang kepada kita bila mana *Allah campakkan rasa syok nak beribadah,*tak kiralah dimana pun kita berada.
▪Kalau Allah tak campak kasih sayangnya maka Allah akan *sibukkan kita dgn hal dunia.*
*Tanda² (3) yg rasulullah saw kata bila mendapat nur Allah*
*(1)* memalingkn muka pada benda² yg haram dan maksiat.
*(2)* Tujuan hidup hanya terarah kepada akhirat.
*(3)* Membuat persiapan untuk mati sebelum datangnya kematian.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment