Pages

Monday 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180201

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Azfar Abdullah*
*🕌Masjid Qariah Taman Keladi*
*📚khutbah gerhana bulan*
       _(catatan ringkas)_

☪Kejadian gerhana matahari atau bulan, ianya bukanlah merupakan suatu tanda akan timbul suatu kejadian yang aneh dan mengkhuatirkan sebaliknya ia menunjukkan antara kehebatan dan kekuasaan Allah. Kejadian gerhana juga bukanlan disebabkan oleh kematian atau kelahiran seseorang sebagaimana teguran Rasulullah s.a.w terhadap para sahabat yang membuat pelbagai andaian tentang kejadian gerhana matahari yang berlaku.
Di samping itu, marilah kita melakukan perkara-perkara yang berkebajikan dan menghindari daripada melakukan perkara-perkara mungkar dan maksiat serta perbuatan syirik yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

*☪Enam golongan yang paling rugi dan akan menyesal dimasyar*
1⃣Mereka yang *mensia² kan peluang ketika hidup dan akan kekal didalam neraka Allah.* Mereka tidak beriman kepada Allah dan merekalah orang yg paling rugi.

*2⃣Orang yg ada kesempatan berbuat kebaikan tetapi men sia² kan peluang dpt pahala dan tak isi dengan berbuat kebaikan.*
*أَفَرَأَيْتَ إِن مَّتَّعْنَاهُمْ سِنِينَ*
*Bagaimana fikiranmu (wahai Muhammad)? Jika Kami berikan mereka menikmati kesenangan bertahun-tahun, {26:205}*
*ثُمَّ جَاءَهُم مَّا كَانُوا يُوعَدُونَ*
*Kemudian mereka didatangi azab seksa yang dijanjikan kepada mereka, {26:206}*
*مَا أَغْنَىٰ عَنْهُم مَّا كَانُوا يُمَتَّعُونَ*
*(Tentulah) kesenangan yang mereka nikmati bertahun-tahun itu tidak dapat memberikan mereka sebarang pertolongan. {26:207}*

3⃣Mereka yang membawa pahala dan kebaikan tetapi semuanya menjadi habuan orang lain:
*Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?”*
*Para sahabat menjawab: "Bagi kami orang yang muflis ialah orang yang tidak* *memiliki wang mahupun hartabenda”.*
Lalu Rasulullah SAW bersabda lagi:
_"Sebenarnya orang yang muflis dalam kalangan umatku ialah mereka yang pada hari Kiamat datang dengan *membawa pahala amal solat, puasa, zakat dan haji tetapi semasa di dunia ```mereka pernah mencaci maki orang, menuduh tanpa bukti, memakan harta dengan zalim, membunuh dan memukul sesuka hati.*_```
_Lalu pada hari kiamat, orang yang di zalimi akan menerima pahala amal si penzalim. Jika pahala amalnya telah habis (diberikan) sedangkan kesalahan dan dosanya semasa di dunia kepada orang yang tidak berdosa masih banyak, maka Allah S.W.T akan memberi pula dosa orang yang dizalimi itu kepadanya sehingga semakin berat bebannya, lalu Allah S.W.T campakkan dia ke dalam neraka.”_
*(Riwayat Muslim)*

4⃣Orang alim yang ajar kebaikan tetapi dia sendiri tidak melakukan kebaikan. Ilmu yang di ajar kpd orang lain tak membawa manfaat kepada dirinya sendiri. Maka dia lah orang yang rugi.

5⃣Orang yang rugi yg lain adalah mereka yg *duduk bersama² orang alim tetapi dia tidak mendapat faedah  dr keadaan itu*. Allah akan memberi faham kepada mereka yg nak faham agama maka yg tak ambil kesempatan itu akan rugi seruginya.

6⃣Orang yang *menghimpun harta tetapi tidak menukarkan hartanya kepada kebaikan.* Harta tidak diinfakkan tetapi setelah dia mati harta tersebut difaraidkan dan menjadi habuan ahli keluarga yg tinggal.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment