Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 171226

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Guru Ust Siddiq Noor*
*Masjid Tuanku Habsah Pdg Temusu*
*Kitab Minhajul Abidin*
_( imam al Ghazali, Minhajul Abidin dalam bab TAUBAT)_
*☪DOSA ITU TERBAHAGI TIGA. –JALAN KELUAR DARI DOSA.*
_( Tinggal yang wajib, dosa dengan Allah dan Dosa dengan orang lain )_
1⃣Dosa dengan meninggalkan pekerjaan yang diwajibkan oleh Allah kepadamu, seperti meninggalkan solat, atau mengerjakan dengan niat yang tidak betul, atau meninggalkan puasa atau zakat dan lainnya. Maka jalan keluarnya ialah dengan beransur-ansur membayarnya sekuat mungkin dan sebanyak mungkin dari yang engkau tinggalkan itu.
2⃣Dosa antara kamu dengan Allah, seperti berzina. Jalan keluarnya dengan cita-cita dan azam yang keras bahawa engkau tidak akan mengulanginya lagi untuk selama-lamanya, kemudian engkau mengerjakan kebaikan setimpal dengan banyaknya dosa-dosamu itu.
3⃣DOSA ANTARA KAMU DAN ORANG LAIN.
Dosa yang timbul dari urusan harta seperti kianat, mengambil hak orang lain, memalsu, mencuri dan lainnya. Untuk membersihkan dosa-dosa tersebut, engkau wajib mengembalikan hak-hak itu kepada tuannya. Kalau tidak dapat, kerana engkau fakir, maka wajib bagi engkau untuk meminta dihalalkan dari orang-orang yang bersangkutan dan kalau inipun tidak dapat dikerjakan kerana yang bersangkutan tidak ada atau meninggal dunia, maka hendaklah kamu banyak-banyaklah bersedekah untuk yang bersangkutan, dan jika demikian juga tidak dapat, maka banyak-banyaklah melakukan amal baik, sehingga dalam masa perhitungan di akhirat nanti, memadai kebaikanmu untuk menggantikan hak-hak yang bersangkutan.
▪Inilah jalan yang ditempuh oleh setiap orang yang bertaubat dalam mengembalikan hak-hak orang yang dizalimi itu.
Kemudian engkau mohon dengan segala kerendahan hati lahir dan batin, agar Allah menjadikan yang bersangkutan meridoimu pada Hari Kiamat nanti.
▪Adapun dosa yang timbul kerana penzaliman terhadap diri orang lain, seperti membunuh atau memfitnah, hendaklah engkau memberi kesempatan kepadanya atau kepada walinya untuk membalas atau memaafkan engkau. Jika itu tidak dapat dilaksanakan, maka kembalikan kepada Allah bermohon dengan bersangatan dan ikhlas, agar menjadikan yang bersangkutan meredhaimu pada Hari Kiamat.
▪Adapun kezaliman dengan *menyakiti perasaan orang lain seperti mengumpat, menuduh atau memakinya, maka disana ada tafsil (perincian), iaitu apabila engkau mengumpat atau menuduh, atau memaki-maki orang, hendaklah engkau memberitahu pada orang yang mendegarnya bahawa engkau sebetulnya telah berbohong, jadi apa-apa yang telah engkau ucapkan itu semua bohong, kemudian engkau meminta maaf kepada orang yang telah diumpat itu,* tapi jika itu tidak mungkin dilakukan kerana dikuatirkan jadi bertambah marahnya, atau bergolaknya fitnah atau menambah perasaan marah dan fitnah, jika demikian halnya, tidak ada jalan lain bagimu kecuali bermohon kepada Allah agar menjadikan yang bersangkutan rela meredhaimu dan agar memberi kebaikan yang lebih banyak sebagai penganti atas rasa sakit perasaannya, dan engkau perlu memperbanyak istifar untuk yang bersangkutan.
▪Adapun kezaliman dengan melanggar kehormatan orang lain, seperti engkau menghianati kehormatan dirinya atau anak isterinya atau kerabatnya dan sebagainya, maka tidak ada jalan lain selain minta dimaafkan atau diceritakan kepada yang bersangkutan sebab hal ini akan menimbulkan fitnah dan kemarahan yang sangat dan satu-satunya jalan ialah bermohon kepada Allah agar menjadikan yang bersangkutan meredhaimu, dan agar memberikan kebaikan yang setimpal dengan kerugiannya. *Tapi jika sekiranya aman dari fitnah, maka minta maaf dari yang bersangkutan adalah lebih utama.*
*☪KESIMPULANNYA... INSAFLAH DAN KEMBALI KEPANGKAL JALAN. BERDOALAH SAMBIL* *MENANGIS DAN MENYESAL DIDALAM HATIMU.*
(SEBELUM ITU BERISTIGHFAR DAN BERSELAWAT KE ATAS NABI S.A.W. )
Jom kita taubat dengan taubat yang sungguh-sungguh.
Kata-kata nasihat buat diri sendiri dan kita semua yang sepatutnya bertaubat sebelum terlambat.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment