Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 171228

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Wan Abd Rahman B. W. Ab. Kadir -(Imam)*
*Masjid Tuanku Habsah Pdg Temusu*
*Wirid selepas solat*
☪Sesudah selesai melakukan solat, adalah baiknya kita perlengkapkan amalan dengan sekurang-kurangnya berwirid, zikir dan doa ringkas. Adalah satu kerugian andai peluang seketika untuk mendekatkan diri dengan Alllah SWT ini disia-siakan. Dapat juga pahala.
Semua bacaan (wirid, zikir dan doa) sesudah solat ini hukumnya adalah sunat yang dituntut.
☪Banyak hadis yg menyebut kebaikan berzikir dan berdoa selepas solat. *Tak boleh buat semua jangan tinggal semua.*
Kita kena akui bahawa yg wajib tetap wajib dan yg sunat tetap sunat tapi jangan memandai kata tak boleh buat. Apa yg kita buat biarlah bersandar dengan hadis.
☪Zikir² yang sering dibaca ada hadisnya jadi mengapa ada golongan yang mengatakan bida'ah?
▪selepas solat elok sangat la kita beristighfar:
_Dari Tsauban radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,_
*أَسْتَغْفِرَاللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِيْلَاإِلَهَ إِلَّا   هُوَالْحَيُّ الْقَيُّوْمُ وَأَتُوْبُ إِلَيْهِ*
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika selesai solat, baginda membaca istighfar 3 kali.
Kemudian membaca,
*اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ*
(HR. Muslim 1362 & Nasai 1345)
▪membaca 3 x
*لاَاِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ*
▪membaca fatihah 1 x
▪membaca ayatul kursi 1 x
☪Kemudian bertasbih, bertahmid dan bertadbirlah kerana ada hadis² yg solih tentang bacaannya.
▪ _Membaca tasbih, tahmid    dan takbir setelah sσlat_
_Dari Abu Hurairah_ _radhiyallahu ‘anhu, ia berkata:_
*“Ada orang-orang miskin mєkαh datang menghadap Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam. Mereka berkata, orang-orang kaya madinah itu pergi membawa derjat yang tinggi dan kenikmatan yang kekal. Mereka sσlat sebagaimana kami sσlat. Mereka puasa sebagaimana kami berpuasa. Namun mereka memiliki kelebihan harta sehingga blh berhaji, berumrah, berjihad serta bersedekah. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam lantas bersabda, ```“Maukah kalian aku ajarkan suatu amalan yang dengan amalan tersebut kalian akan mengejar orang yang mendahului kalian dan dengannya dapat terdepan dari orang yang setelah kalian. Dan tidak ada seorang pun yang lebih utama daripada kalian, kecuali orang yang melakukan hal yang sama seperti yang kalian lakukan. Kalian bertasbih, bertahmid, dan bertakbir di setiap akhir solat sebanyak tiga puluh tiga kali.”*```
*Kami pun berselisih. Sebagian kami bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh empat kali. Aku pun kembali padanya. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, ```“Ucapkanlah subhanallah wal hamdulillah wallahu akbar, sampai tiga puluh tiga kali.”*``` (HR. Bukhari, no. 843).
*☪Nabi SAW bersabda, "Barangsiapa bertasbih sebanyak tiga puluh tiga kali, bertakbir tiga puluh tiga kali, dan bertahmid tiga puluh tiga kali,  sehingga berjumlah 99, kemudian menggenapkannya untuk yang keseratus dengan ucapan:*
*لاَاِلهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِى وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْئٍ قَدِيْرٌ*
*setiap selesai solat, maka akan diampuni dosanya meski sebanyak buih di lautan.”*
(HR Imam Ahmad, Darimi, Malik)
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment