Pages

Thursday 22 March 2018

CATITAN KAK IJA 171108

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Hj Sobri Arshad*
*Tafsir Al Quran*
*Masjid Bakar Arang*

*۞ أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَن لَّا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ*
*“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu! {36:60}*
_Ayat ini adalah perintah dan wasiat dari Allah melalui lisan para Rasul agar supaya kita tidak tunduk dan taat kepada syaitan._
_Semua kemaksiatan dan kekafiran adalah bentuk taat dan ibadah kepada syaitan._
_Syaitan adalah musuh nyata yang kita harus selalu waspada dari padanya._
_Allah memerintahkan kita agar beribadah kepadaNya dengan mengerjakan perintahNya dan menjauhi laranganNya._
_Syaitan telah banyak menyesatkan manusia dari jalan yang lurus dengan tipu dayanya yang licik._

*إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا ۚ إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ*
*Sesungguhnya Syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikanlah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya); sebenarnya dia hanyalah mengajak golongannya supaya menjadi dari penduduk neraka. {35:6}*
_Syaitan ada dikalangan manusia dan juga jin. *Manusia* yg mengajak lawan Allah, buat jahat, mengheret ke lembah maksiat adalah syaitan yg nyata dan terang ada didepan kita._

*قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيم*َ
*Iblis berkata: “Oleh kerana Engkau (wahai Tuhan) menyebabkan daku tersesat (maka) demi sesungguhnya aku akan mengambil tempat menghalangi mereka (dari menjalani) jalanMu yang lurus; {7:16}*
_Syaitan telah bersumpah dgn Allah akan menyesatkan. Dia akan menjadi penghalang sekiranya manusia nak buat kebaikan. Syaitan tak bagi solat dan ramai yg terpedaya dan sebab tu la ramai juga manusia hanya solat seminggu sekali sahaja._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment