Pages

Wednesday 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 180321

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Halim Nasir*
*🕌Masjid Ar Rahman*
*📚Fiqh Aulawiyyat*

☪Surah At-Taubah  Ayat 52:

*قُلْ هَلْ تَرَبَّصُونَ بِنَا إِلَّا إِحْدَى الْحُسْنَيَيْنِ ۖ وَنَحْنُ نَتَرَبَّصُ بِكُمْ أَن يُصِيبَكُمُ اللَّهُ بِعَذَابٍ مِّنْ عِندِهِ أَوْ بِأَيْدِينَا ۖ فَتَرَبَّصُوا إِنَّا مَعَكُم مُّتَرَبِّصُونَ*

*Katakanlah: “(Sebenarnya) tidak ada yang kamu tunggu-tunggu untuk kami melainkan salah satu dari dua perkara yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan kami menunggu-nunggu pula untuk kamu bahawa Allah akan menimpakan kamu dengan azab dari sisiNya, atau dengan perantaraan tangan kami. Oleh itu tunggulah, sesungguhnya kami juga menunggu bersama-sama kamu”. {9:52}*

*▶Dua suasana yg berbeza*
*(1)* Dipihak orang beriman yg kasih kepada islam, sayang pd islam dan berjuang utk menegakkan agama islam.
*(2)* Adalah golongan yg kufur kepada Allah yg tidak pernah senang dgn islam.

▶Di pihak orang beriman mendapat sama ada kemenangan utk agama Allah atau pun mati syahid di jalan Allah.
Tidak ada istilah kalah bagi mereka yg berjuang utk islam.

▶Kemenangan yang paling besar yakni sayang kepada islam.Nak tegakkan islam utk islam berdaulat dibumi Allah ini. Dalam pelbagai cara yabg diredhai Allah.

▶Yang paling baik kita harus mengajak masyarakat kepada islam.
▪Dengarkan kepada mereka tentang keagongan islam dan apa golongan munafik akan terima jika hina islam.
▪setiap suara ditujukan utk mereka.
▪orang yang menentang islam akan menerima azabnya.
▪Allah tidak pernah tidur dan Allah tak akan izinkan org² munafik bermaharajalela dibumiNya.
▪Allah pernah berkata kepada kekasihNya Rasulullah SAW yg Dia akan menunggu mereka yang lawan perintahNya.
▪cuma kita berharap mereka yg lawan islam akan berpatah balik kepada islam. Allah tidak pernah berlaku zalim terhadap hambaNya termasuklah firaun yg nabi musa pernah mengajak firaun kepada islam.

▶Kemunafikan akan dibalas sendiri oleh orang² beriman melalui doa² orang² yang beriman. Orang² munafik akan mendapat balasan kerana keangkuhan dan kesombongan mereka seperti firaun dan namrud.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment