Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180115

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙 Ustaz Hazli Ismail*
*🕌 Masjid Tuanku Puan*
      *Habsah-MABAS*
*📚Risalah Li Zawi al afkãr*
      *Fi Mã Yamurru Bi Al*
      *Insãn Min al -A 'mãr*

☪Ulamak terdahulu merasa risau dengan kehidupan masyarakat yang lebih cenderung kepada dunia. Seolah² fasa kehidupan manusia tidak akan mati dan berakhir.
Makin ramai yang mengabaikan solat fardhu, puasa ramadhan dll. *Mereka terlalu sibuk dgn hal dunia.*

☪Kehidupan kita penuh dengan pelbagai rintangan. Dari fasa pertama hinggalah ke fasa yang terakhir ke syurga atau neraka.

*(1)Fasa alam yang 1*
🔹Alam yang kita lalui di sulbi ayah.Kemudian berpindah ke dalam Rahim ibu.
🔹Bermula nya alam roh dalam kandungan ibu dan Allah tiupkan roh.

*(2) Fasa alam yang ke 2.*
🔹Alam yang manusia  dilahirkan bermula diazankan hinggalah roh dicabut dari badan.
🔹Kehidupan dlm alam bermula hinggalah dijemput ilahi.

*(3)Fasa alam yang ke 3*
🔹Di alam Barzakh, ketika kita di kuburkan.
Bermulanya dari masa manusia keluar dari dunia ini dengan menempuhi mati hinggalah ia dibangkitkan dari kubur.
Siksaan kubur,  Nabi juga berpesan supaya kita memohon pada Allah Ta’ala supaya dihindarkan dari siksaan kubur.

*(4)Fasa alam yang ke 4*
🔹Di padang Mahsyar
Bermulanya daripada kebangkitan manusia dari kuburnya untuk menerima pengadilan Tuhan, sehinggalah kepada masuknya ahli syurga ke syurga, dan masuknya ahli neraka ke dalam neraka.
Di titian Shirath
Setelah itu manusia akan melalui Shirath (jembatan), yang mana ianya dipasang di atas muka jahannam, seperti diriwayatkan, Shirath itu lebih tajam dari pedang dan lebih halus dari rambut, tatkala itu manusia akan melaluinya menurut kadar amalan masing-masing.
🔸Ada yang umpama kilat ketika melintasi titian Shirath.
🔸Ada yang umpama angin.
🔸Ada yang seperti burung atau kuda.
*🔸Begitu juga ada yang merangkak dan ada yang dijilat api, dan yang ada terjerumus ke gaung neraka.*

*(5)Alam yang Ke 5*
🔹Di negeri Abadi (Syurga dan Neraka)
Di alam ini, adalah masa kemasukan ahli neraka dan kemasukan ahli syurga ke syuga buat selama-lamanya yang tiada hujung dan penghabisannya.

☪Nikmat-nikmat di syurga:
Bayangkan, segala nikmat yang berlaku didunia ini, tiada bandingannya di Syurga, yang penuh dengan nikmat²nya.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment