Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171129

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙uѕtαz Ahmadi Ahmad*
*🕌Masjid Taman Keladi*

_📌Rasulullah SAW berpesan sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat didalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya. Ada golongan manusia yang dikurniakan satu kerahmatan oleh Allah SWT kepada mereka, apabila suasana di alam kubur itu di dalam keadaan yang menakutkan, tiba-tiba mereka terlepas daripada pertanyaan oleh malaikat Mungkar & Nakir._

*🔸Mati pada malam atau hari Jumaat*
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat. Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, Rasulullah bersabda:
"Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali dia pasti akan dipelihara Allah daripada fitnah kubur." (Riwayat Ahmad dan al-Tirmidzi)

*🔸Mati Syahid*
Golongan ini terdiri daripada seseorang yang mati syahid ketika berperang antara orang Islam dan kafir. Rasulullah bersabda, sesorang yang mati syahid disisi Allah mendapat 6 perkara.
6 keistimewaan syahid adalah diampunkan baginya pada awal darahnya terpancut, dapat melihat tempat di dalam syurga, dihindarkan dari azab kubur serta mendapat keamanan daripada ketakutan besar (hari kiamat),diberi mahkota kehormatan daripada batu yang paling baik di dunia serta isinya dan dikahwinkan dengan 72 bidadari dan dapat memberi syafaat kepada 70 orang daripada saudara maranya. (Riwayat al-Tirmidzi dan Ibn Majah)

*🔸Mati disebabkan sakit perut*
Seseorang yang mati disebabkan sakit perut juga tergolong daripada golongan yang bebas daripada azab kubur. Rasulullah bersabda: "Sesiapa dibunuh oleh perutnya sendiri (mati kerana sakit perut), dia tidak di azab didalam kuburnya." Riwayat al-Nasai'i dan Ibn Hibban)

*🔸Mati kerana musibah, tertimpa runtuhan/tanah.*
Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

*🔸Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.* "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

*🔸🔸Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment