Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171128

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Abu Basyer*
*BERSABAR KETIKA DICACI DAN DIMAKI HAMUN*
_▶Sa’eed bin Musayyeb berkata:_ *"Pada suatu ketika, Rasulullah SAW duduk-duduk bersama dengan para sahabat. Muncul seorang lelaki lalu dia mencela dan memaki hamun Abu Bakar r.a  hingga menyebabkan Abu Bakar ’sakit’ mendengarnya. Tetapi Abu Bakar terus mendiamkan diri. Lelaki itu meneruskan lagi celaan dengan bahasa yang lebih kasar terhadap Abu Bakar, namun beliau masih terus mendiamkan diri. Masuk kali ketiga, apabila lelaki itu terus menyakiti Abu Bakar dengan lisannya, Abu Bakar bingkas mahu menjawab balik.*
_▶Lalu Baginda Rasulullah SAW bangun. Abu Bakar r.a bertanya_
*" Apakah engkau marah denganku wahai Rasulullah? "*
_Baginda menjawab ,_
*" Tidak , cuma semasa kamu mendiamkan diri, Malaikat turun dari Langit bertindak terhadap kata-kata lelaki itu. Tetapi sebaik sahaja kamu mula membalas cacian lelaki itu, Malaikat melarikan diri lalu Syaitan datang dan duduk. Aku tidak boleh duduk di tempat yang Syaitan duduk di situ.”*
_(Hadis Riwayat Abu Dawud)_
*▶Di dalam hadis tersebut memperlihatkan betapa pentingnya kita berdiam diri tatkala di caci-maki orang ataupun bila ada keadaan yang boleh mendatangkan perasaan marah. Ianya seolah-olah mengatakan berkelakuan ‘diam’ adalah salah satu sifat yang malaikat sukai hingga sanggup malaikat turun dari langit untuk mempertahankan orang sedang dicaci. Manakala perasaan ‘membelas dendam’ pula adalah satu sifat yang disukai oleh Syaitan, hingga malaikat pun melarikan diri dari orang tersebut.*
_▶Diam bukan bererti kita salah dan takut tetapi diam sebab kita tahu Allah ada._
_Setiap perbuatan yg jahat akan ada balasan dari Allah_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment