Pages

Friday 30 March 2018

MENOLAK AJAKAN SUAMI

Menolak ajakan suami

Kita dah sedia maklum bahawa dalam agama, seorang isteri ditegah dari menolak ajakan suaminya untuk mengadakan hubungan badan. Sekalipun si isteri tadi ingin berpuasa sunat, dia wajib memohon kebenaran dari si suami terlebih dahulu bagi mengelakkan permasalahan sekiranya si suami tiba2 berkeinginan utk bersama.
Isteri juga wajib membatalkan puasa sunat tersebut demi memenuhi kehendak suami yang satu ini...

Kita juga pernah diingatkan bahawa isteri harus melayani permintaan ini sekali pun diatas kenderaan. Tolakan yang dibuat tanpa asas kukuh hanya akan mengundang laknat daripada para malaikat. Si isteri tak seharusnya memandang remeh akan perhubungan badan dengan suami.. sekalipun suami anda itu seorang yang flexible... mudah bertolak ansur..

Nyata di dunia teknologi ini..telah ramai isteri2 yang mengambil mudah akan hal ini.. dan ditambahkan dengan mereka yang berkerjaya.. ajakan suami seringkali ditolak dengan pelbagai alasan yang sebenarnya boleh diatasi, jika si isteri benar2 tahu akan tanggungjawab terhadap suami yang satu ini.

Sebagai isteri, anda harus membantu suami memahami keperluan2nya sendiri supaya dgn kefahaman tersebut...anda juga akan menerima manafaat darinya... di mana bantuan utk suami menikmati kepuasan yang mendalam setiap kali bersama.. sedikit sebanyak memberikan impak pada diri anda sendiri... Jika dilihat dari permulaan, tolakan isteri pada awalnya mungkin tak memberikan kesan yang besar... namun bila hal tersebut berlarutan, ia pasti akan menjejaskan perhubungan suami isteri dan juga kebahagiaan rumahtangga. Kita boleh lihat kesan dari beberapa sudut:-

1) *Kesihatan* - lelaki perlu menyalurkan keinginan seks mereka melalui saluran yang betul, sah dan halal. Kerana itu, mereka dituntut agar berkahwin sekiranya mereka mampu dan sudah bersedia utk menerima tanggungjawab. Dan sebaliknya jika masih tidak mampu utk beristeri,maka berpuasa itu adalah yang paling baik buatnyer. Ini kerana, dengan berpuasa (dengan sebenar2 puasa).. saluran nafsu itu dapat ditutup dengan ingatan akan azab yang bakal dihadapi sekiranya berkelakuan sumbang..

2) *Agama* - sedangkan para malaikat juga melaknati anda sehinggalah sisuami memberikan kemaafan pada anda.. ingatlah perbuatan anda menolak ajakannya mungkin akan menyinggong perasaannya. ..tolakan isteri kekadang bakal mengundang kemusnahan pada dirinya juga... sekiranya keimanan sisuami bukanlah sekuat yang disangkakan. . Mungkin ada para isteri yang menganggap suami mereka masih waras dan mampu mengawal dari melakukan perkara sumbang dan keji diluar pengetahuan mereka. Namun... jangan juga kita terlupa..bahawa disaat2 seseorang itu berkeluh kesah akan permasalahan hidupnya.. syaitan senantiasa berhampiran bagi menggoda mereka ini .. Kekadang ada yang telah tertutup mata hati kerna "iman yang tipis itu senantiasa dibiarkan berseorangan".. Kemungkinan juga ada para isteri yang lebih rela membenarkan suami mereka bermain mata diluar... kerna menyangkan hanya sekadar itu sahaja..diwaktu yang sama.. tidak ada tindakan susulan demi memperbaiki perhubungan diantara si isteri dansi suami..Apabila masalah ini tidak dirawat atau dicegah diperingkat awal...jangan salahkan sesiapa sekiranya ada yang lain ingin memberikan "Pertolongan" pada suami anda..sebaliknya salahkanla diri anda kerana mengabaikan tanggungjawab anda...

3)*Penampilan Lahiriah* - seks adalah makanan bagi jiwa seseorang.. seks yang baik dan mampu memberikan kepuasan, pasti akan mampu memberikan semangat buat empunya diri setiap hari.. Penampilan diri akan lebih yakin disamping wajah yang berseri2 kerana kepuasan yang dialami..Sekiranya permintaan suami seringkali diabaikan atau ditolak, bimbang kelak sekiranya tiba waktu anda (isteri) mengingininya, nafsunya telah hilang terhadap anda... Ini mungkin setelah sekian lama menerima tolakan anda, suami mungkin tidak lagi mahu memulakan seks kerna bimbang ditolak atau telah terlekat dikepala.. "minta pun tak dapat.. baik tak minta langsung"..

Ini boleh kita istilahkan sebagai "malas seks".. satu puncanya... kebimbangan yang berlebih2an sekiranya ajakannya akan ditolak lagi... Bila seringkali ditolak, lelaki kebiasaannya akan lama kelamaan tidak mengambil endah lagi dengan kehendaknya ini.. Secara sedar atau tidak, dia mungkin tidak mau memikirkannya apakah dia masih maukan seks...dan diwaktu ini , mungkin ada para isteri menganggap si suami sudah hilang minat terhadapnya. . atas alasan2 yang isteri fikirkan "patut" dilakukan oleh si suami.. umpamanya..adanya pengganti atau orang lain yang didampingi.. . Walhal, bagaimana hal ini boleh terjadi???

Tidak pula semestinya, setiap perubahan lelaki itu hanya kerna ada orang ketiga.. kadang kala kita tersalah tafsir.. dia mungkin sedang menunjukkan protes terhadap tindakan kita padanya.. Sisuami, mungkin akan mengalihkan pandangan mereka pada perempuan lain.. atau juga cuba mencari jalan mudah bagi memenuhi kehendaknya. ..Lelaki tidak lagi takut ajakannya ditolak, kerana bagi pelacur umpamanya... tidak ada istilah itu bagi menyara kehidupan mereka.. Si suami juga,akan memandang isterinya tidak cantik..sekalipun isterinya itu seorang bekas ratu cantik...sekiranya dia tidak dapat menikmati kepuasan seks bersama isterinya.

So fikir2 kan lah...kalo hb mintak tu..ready jer la..hatta tgh masak skali pun..ahaks

No comments:

Post a Comment