Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180106

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Mohd Najhan Ahmad*
* At Taqwa*
*KEKUATAN DO'A ORANGTUA YANG DAHSYAT UNTUK ANAKNYA*
_Syeikh Fahad Al Kandari bercerita._
_Dulu saat mengimami sebuah masjid di Kuwait, saya lupa satu ayat. Ternyata, ada seorang yang menyambung bacaan saya. Hanya seorang, yang ternyata ia adalah seorang tua._
_Saya tertarik untuk menemuinya._
 *Syeikh Fahad:*  Pak cik, anda hafal Qur'an ya?
 *Pak cik :* _Iya, benar._
 *Syeikh Fahad:* Masya Allah, tentu anda hafal sejak kecil kan?
 *Pak cik:* _Tidak Syeikh. Saya malah baru mulai menghafal sejak usia 60 tahun._
 *Syeikh terpegun:*
Masya Allah, bagaimana mungkin? Bagaimana ceritanya? Bukannya itu sulit ?
 *Pak cik:* _Tidak juga. Mungkin salah satu penyebabnya, adalah doa ibuku._
_Ada satu hal yg selalu ia lakukan, tak pernah ia tinggalkan hingga beliau meninggal._
 *Syeikh Fahad:* Apa itu?
 *Pak cik :* _Ia tidak pernah berhenti mendoakan aku agar hafal Al Qur'an._
  ▪▪▪▪▪▪▪▪▪
Suatu ketika ada yang bertanya kepada seorang ibu yang berhasil membesarkan 9 anaknya, mendidik dan menjadikan mereka manusia berakhlak dan berguna bagi agama, negara, bangsa dan sesama.
*爐Apa rahsia di balik keberhasilannya ?* *Jawabnya adalah, do'a yang tak henti-henti dipanjatkan untuk anak-anaknya tersebut :*
PENTING :
Panjatkanlah doa di atas itu sekerap yg mungkin.  *setiap habis solat 5 waktu (dibaca minimal 3 kali).*
Kerana doa orangtua termasuk doa yang terkabul, dan tidak memiliki penghalang menuju Allah.
Rasulullah SAW bersabda :
*ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٍ لاَ شَكَّ فِيْهِنَّ: دَعْوَةُ الْوَالِدِ، وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ*
*“Ada tiga macam doa yang mustajab, dan tidak ada keraguan di dalamnya. Iaitu : doa orangtua, doa seorang musafir, dan doa orang yang dizalimi"*
(HR. Al-Bukhari / Al-Adab, Al-Mufrad-32, Abu Dawud)
Ayah, Ibu, jangan pernah engkau remehkan kekuatan doamu untuk anak-anakmu...
Jikapun belum terkabul sekarang, mungkin kelak, ketika engkau telah tiada.
Kesimpulannya, ada orang nak pergi  berdoa di mekah dan madinah untuk anak². Bukan tidak boleh.. boleh ja. Tapi doa seorang ibu termakbul dimana² saja walau pun dimana saja berada. Kita nak pergi mekah sebab nak beribadah. Berdoalah dan selebihnya berserahlah kepada Allah swt.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment