Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171213

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Aswad Nasrun*
*Masjid Tuanku Habsah*
*Hadis 40 _jalan ke syurga_*
▶Rasulullah SAW bersabda:
*كُلُّ أُمَّتِي يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ إِلَّا مَنْ أَبَى. قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ وَمَنْ يَأْبَى؟ قَالَ: مَنْ أَطَاعَنِي دَخَلَ الْجَنَّةَ وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ أَبَى*
*“Seluruh umatku akan masuk jannah, kecuali yang enggan.”*
Maka dikatakan:
*“Wahai Rasulullah, siapa yang enggan?”*
Baginda menjawab:
*“Barangsiapa yang mentaatiku maka dia pasti masuk jannah,* _sedangkan barangsiapa yang mendurhakaiku maka sungguh *dia telah enggan* (masuk syurga ).”_
(HR : MUSLIM)
*HURAIAN HADIS*
▶Mereka yang telah dimasukkan ke dalam syurga tidak akan dikeluarkan lagi. Mereka duduk di atas singgah sana spt pelamin dan perasaan mereka tiada lagi hasad dengki.
▶Telah bersabda Rasulullah SAW : *“Penduduk syurga makan dan minum di dalamnya, tidak buang air besar, tidak beringus, dan tidak pula buang air kecil. Namun makanan mereka itu adalah sendawa yang baunya seperti percikan misk. Mereka diilhami untuk bertasbih sebagaimana mereka diilhami untuk bernafas”*
▪Disyurga kita tak payah solat dah. Tak perlu utk beribadah lagi.
▶Nabi Musa bertanya kepada Rabbnya, *'Apa ciri penghuni surga yang paling rendah kedudukannya?"*
Allah menjawab, Iaitu orang yang datang setelah penghuni syurga dimasukkan ke dalam syurga, lalu dikatakan kepada orang ini, *"Masuklah ke syurga!"*
▶Orang ini menjawab,
*'Wahai Rabbku, bagaimana mungkin aku blh masuk, sementara mereka sudah menempati tempat masing-masing dan mengambil bagian mereka?"* Maka dikatakan kepada orang ini, *"Apakah kamu mau mendapatkan bagian kerajaan seperti seorang raja di antara raja-raja dunia?"*' Orang itu menjawab, '
*"Aku rela, wahai Rabbku."*
Rabb mengatakan,
*"Itu bagianmu ditambah seperti itu, ditambah seperti itu, ditambah seperti itu, (ditambah seperti itu)."*
▪Ahli neraka yg selesai menerima hukaman akan dimasukkan ke dalam syurga pd tingkat yg paling rendah sekali tapi kenikmatannya masih spt raja didunia.
▶Dari Nabi SAW baginda bersabda : *“Sesungguhnya di syurga terdapat satu pohon yang seandainya seorang berjalan dengan satu kendaraan yang paling bagus dan mampu berjalan lama selama seratus tahun, niscaya tidak akan selesai melewatinya”.*
▪Amat luas syurga yg Allah sediakan utk makhluk²nya.
▶Allah berkata lagi *"Aku ingin tunaikan kepada kalian"*
Mereka berkata : *"Apakah itu?"* Bukankah Allah telah memberatkan timbangan-timbangan kami, memutihkan wajah-wajah kami, memasukkan kami ke dalam syurga, dan menyelamatkan kami dari api neraka ?
▶Allah akan membuka hijab lalu mereka melihatNya. Maka demi Allah, tidak ada sesuatupun yang Allah berikan kepada mereka yang lebih dicintai oleh mereka dan lebih menyenangkan mereka daripada melihat kepada wajahNya”.
▪Yang paling ditunggu² pd ahli syurga ialah dpt melihat wajah Allah.
_▶Kita jangan banyak berlenggah lagi. Jom tambahkan amalan dan bertaubat dari dosa² kita. Syurga dicipta utk semua tetapi hanya yang mahu memasuki syurga shj yang dapat masuk._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment