Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180117

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Halim Nasir*
* Masjid Ar Rahman*
*Fiqh Aulawiyyat*
*Gejala Murtad*
➡'Mereka' mempunyai kewangan yg kukuh utk memesongkan akidah org² islam. Pelbagai agenda yg mereka adakan dgn tujuan utk meruntuhkan akidah remaja masa kini. Kena berhati² supaya anak cucu kita terselamat dr perancangan jahat 'mereka'
➡Golongan ini bukan hanya utk memurtadkan org² islam tetapi juga menyekat supaya agama Allah ini tidak tersebar. Sedaya upaya mereka tidak mahu membantu agama islam. Pelbagai usaha dlm rangka jahat mereka diprogramkan utk menyesatkan org² islam.
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا مَن يَرْتَدَّ مِنكُمْ عَن دِينِهِ فَسَوْفَ يَأْتِي اللَّهُ بِقَوْمٍ يُحِبُّهُمْ وَيُحِبُّونَهُ أَذِلَّةٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى الْكَافِرِينَ يُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوْمَةَ لَائِمٍ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ*
_Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka_
*_1.Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia;_*
_*2. mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir,* _mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan_
*_3. mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela._* _Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang_ _dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya. {5:54}_
☪Sesungguhnya kasih sayang Allah untuk para hambaNya adalah semulia-mulia nikmat yang Dia berikan ke atas para hambaNya. Ia juga adalah satu kelebihan yang paling bagus, yang Allah kurniakan dengannya ke atas para hambaNya. *Hamba yang kasih padaNya maka Allah terlebih kasih kepada mereka pula. Itu lah golongan para sahabat yg memang kita blh nampak kecintaan mereka kpd Allah.*
☪Malah, sikap kita para hambaNya yang menderhakaiNya, *hanya akan merugikan diri kita sendiri. Kita terdedah kepada tindakan dari kemurkaanNya.* Ramai dikalangan kita yang tidak mensyukuri nikmat Allah.
☪Memudahkannya di dalam menghadapi kesukaran. Dalam ertikata lain, memudahkan baginya untuk menyelesaikan sebarang masalah yang timbul di dalam hidupnya.
*Allah mendorongnya atau memudahkanya untuk melakukan kebaikan.*
*Allah menyukarkannya untuk melakukan keburukan; sebagai bantuan untuk menghalangnya.*
Cara untuk mencapai kasih sayang Allah adalah dengan mengikuti dan mencontohi perjuangan Rasulullah SAW.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment