Pages

Monday 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180131

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Mσhd Noor Zakaria*
*🕌Masjid Qariah Taman Keladi*
*📚Bingkisan Hidayah*
      _sembunyikan rasa sakitmu_

☪Kepercayaan kita hanyalah kepada Allah swt. BerBaik sangkalah kita kepada Allah kerana hanya Allah pemberi rezeki dan pemberi segala kenikmatan.
😰Saat diuji olehNya, bersyukurlah kepada Allah kerana kita adalah orang yang Allah pilih utk diuji kerana ujian itu penghapus segala dosa².

☪Jangan letak harapan yg tinggi kepada manusia kerana harapan itu hanyalah utk Allah.
*👌Biar kita hilang sesuatu kerana Allah dan jangan kita hilang Allah kerana sesuatu*

☪Pelihara fakir kita, jangan tunjuk sangat hajat kepada manusia. Selepas solat berwiridlah dan minta pada Allah. Orang yang diuji, Allah akan hapuskan dosa² nya sekiranya dia redha.

☪Bersabar dengan apa yang menimpa.

*إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ*

*Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Allah ada bersama kita*
Orang yang banyak diuji oleh Allah dan dia bersabar, dimasyar nanti dia akan dicemburui oleh orang² disana. Mereka pun menyesal kerana tidak diuji sedemikian rupa krn ingin mendapat tempat yg istimewa seperti hamba Allah yg diberi ujian tadi.

☪Belajar utk redha dan berikhtiar utk memulihkan jiwa  dan raga akibat ujian Allah. Tugas kita khalifah dibumi ini redha dengan pemberian Allah.
Dalam rangka meneruskan kehidupan, bukan masa lagi nak mengumpul harta dan kekayaan. Usia² yang berbaki kumpullah pahala² yang akan dibawa mengadap Allah swt.
▪perelokkan dan perbanyakkan solat² sunat:
                    _1) solat2 sunat qabliyah - sebelum sembahyang fardu_
                    _2) solat² sunat ba'diyah - sesudah sembahyang fardu_
▪Jika amanah diberi oleh masyarakat, lakukan dengan baik kerana ia akan di minta dipertanggungjawabkan diakhirat nanti.
▪lakukan puasa² sunat utk melengkapkan puasa² fardhu yang kekurangan.
▪sebarkan kebaikan selagi mampu.

☪Kesimpulannya tiada manusia yang tidak diuji oleh Allah. Yang membezakan kita sama ada kita redha atau tidak dengan ujian dari Allah ialah penerimaan kita ketika diuji. Dan yg membeza org mukmin dan muslim pula *orang mukmin bila diuji dia semakin dekat dengan Allah tetapi orang muslim saat dia diuji dia semakin jauh dengan Allah.*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment