Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180125

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Lutfí Amir*
*🕌Ujian dari Allah*

_☪Surah Ali 'Imran  Ayat 200:_
*يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اصْبِرُوا وَصَابِرُوا وَرَابِطُوا وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ*

*Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). {3:200}*

▪setiap orang beriman akan diuji. Orang yang diuji disayangi Allah. Allah berkehendakkan orang² beriman sabar dan kuat. Hidup ini adalah ujian dan nak mati pun ujian.
▪Orang² beriman kena sentiasa bersedia dgn ujian dari Allah. Allah bagi sakit tu ujian. Kalau kita sihat ja,  kita jd angkuh dan jarang ingat pd Allah. Orang yang beriman diberi kekuatan untuk melangkah ke rumah Allah. Tak betul² kuat memang susah nak melangkah ke rumah Allah.
▪Bila pergi ke mekah, jauh mana pun orang berpusu² melangkahkan kaki ke dalam masjid. Tak kira siang atau malam tapi mengapa balik ke tanah air nak melangkahkan kaki ke masjid depan rumah pun berat.

_☪Surah Al-Hadid  Ayat 22:_

*مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا ۚ إِنَّ ذَٰلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ*

*Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. {57:22}*

▪Biar ditimpa dengan ujian kesusahan, kita akan ingat Allah daripada ditimpa ujian kemewahan, kita akan mudah lupa Allah. Orang² beriman kena bersabar. Orang yang kuat bukan dia ahli dalam berlawan, orang yang kuat adalah orang yang bersabar.

*Kesimpulan dari kuliah tersebut:*
*▪ Bukan kerana DOSA semata2. Allah uji untuk, Menaikkan darjat.*
*-ALLAH uji sebab DIA kasihkan kita.*
*-Kerana ALLAH rindu airmata kita.*
*▪UJIAN KIFARAH DOSA.*
*-Apabila kita diuji, Hati berbisik. Orang sekeliling menasihati.*
*-Allah uji sebab nak hapus dosa*
*-Kita makin sedih.Makin meratapi dosa.ALLAH jua diajukan soalan.Kenapa dan Mengapa.Wahai sahabat,*
*-Berhenti sejenak dan tukarkan fikiran kita yang negatif itu. Allah dah janji,*

*إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا*
*(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. {94:6}*
_(setiap kesusahan itu BERSAMA kesenangan)_

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment