Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180123

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Tuan Guru Siddiq Noor*
*🕌Masjid Tuanku Puan*
      *Habsah-Pdg Temusu*
*📚Kitab Minhajul Abidin*

*BAB TAUBAT*
_(sambungan bulan lepas)_

*☪Dosa itu terbahagi kepada 3*
▪Dosa meninggalkan  sembahyang atau puasa atau zakat atau kifarah atau lainnya . Maka hendaklah  qadhakan barang sedapatnya daripadanya .
▪Dosa kita dgn Allah seperti meminum arak dan memakan riba dan umpama yang demikian itu . Maka wajiblah menyesal atas yang demikian itu dan tetapkan hatimu atas meninggalkan kembali kepada umpamanya selama-lamanya .Kena minta ampun pd Allah sahaja.
▪Dosa yang antara kita dgn manusia inilah terlebih sukar dan adalah pekerjaannya terlebih payah krn kita kena berjumpa minta maaf  : Terkadang ada ia pada harta atau dirinya atau pada agama atau pada kehormatannya . Tetapi kena melakukan juga minta maaf dan byr ganti rugi.

*☪Kena pasti sungguh² taubat kita Allah terima.* Kalau rajin beribadah dan istiqamah itu tandanya Allah dah terima taubat kita.

*☪Berazam sungguh² tak mahu buat kesilapan yg sama.*
Menyesal sungguh². Biar segala dosa selesai di dunia dan jangan kena balasan diakhirat kerana amat teruk siksaan dan dilempar ke dalam api neraka.

*☪Bila dah bersih dari kotoran* barulah kita dapat masuk ke syurga tetapi perjalanan penyucian dosa itu amat perit dan pedih. Jom kita bertaubat dan beristighfar semoga Allah ampunkan dosa² kita didunia lagi.

*☪Jangan bertangguh nak bertaubat.* Kematian datang tanpa memberi isyarat. Makin lama hati akan menjadi semakin keras. Bila hati menjadi keras maka kita tak rasa berdosa buat dosa. Kerasnya hati krn dosa². Dan hati yang keras seronok melakukan dosa dan tak rasa bersalah pun.

*☪Allah amat kasih kepada orang yang bertaubat.* Taubat tu anugerah. Kena taubat nasuha yakni taubat sungguh². Kena tinggal cara hidup jahilliah yg pernah kita lalui.
*🖍Kata imam Ghazali orang yang hatinya halus kalau buat dosa kecil pun ingat akan Allah*
*🖍Orang yang kufur bila buat dosa besar tak rasa apa² malahan rasa macam lalat hinggap di atas hidung sahaja. Tidak takut pun pada Allah*

*☪Dan yang harus ingat, bila kita nak buat kebaikan atau pun nak bertaubat memang akan menempuh berbagai ujian dan halangan.* Kena perli, diumpat malah difitnah pun. Tapi harus ingat
*"Allah sayang hambanya yang bertaubat, Allah kasih pada hambanya yang ingin tinggalkan kehidupan jahilliahnya."*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment