Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180103

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Sobri Arshad*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*Tafsir*
_☪Surah At Taubah ayat 128-129._
*لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ*
*Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. {9:128}*
*فَإِن تَوَلَّوْا فَقُلْ حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ*
*Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.” {9:129}*
_1⃣Rasulullah saw di utuskan kpd umat manusia utk membawa kebenaran._
_Rasulullah SAW diutuskan membawa segala bentuk kebaikan dan berita gembira untuk orang mukmin serta amaran kepada orang kafir. Rasulullah SAW sangat menginginkan kaumnya mendapat petunjuk._
_▪Rasulullah saw merasa sedih dan tak tenang krn umat_ _manusia berada didalam kerumitan dan kepayahan._
_Baginda tidak boleh tengok umatnya ditimpa musibah._
_▪Baginda berharap semua umatnya menjadi org yg beriman, percaya kepada tuhan yang satu dan tidak menjadi orang yang sesat._
_▪Sifat nabi ialah seorang yang bersopan santun dan penyayang. Penyayang dan lemah lembut._
_Baginda berasa amat sedih kepada sesiapa saja yang keluar daripada garis keimanan. Baginda memberatkan dirinya dalam urusan dakwah mengatasi kemampuan yang ada bahkan melebihi apa yang dituntut kepadanya._
_2⃣Allah memberi peringatan kepada nabi muhamad saw sekiranya ramai manusia tidak mahu ikut baginda, usah baginda bersedih kerana Allah ada._
_▪Apabila mereka menolak untuk beriman kepadamu, Muhammad, maka janganlah kamu bersedih dengan keadaan mereka itu. Berbanggalah dengan Tuhanmu dan katakan, *"Cukuplah Allah bagiku, yang tidak ada Tuhan melainkan Dia. Kepada-Nyalah aku bertawakkal. Dan Dialah Pemilik kerajaan dan Tuhan alam semesta serta Pemilik kekuasaan yang agung."*_
_▪Allah berkata lagi, hidayah tu milik Allah. Hanya Allah yang boleh bagi hidayah kepada manusia² yang Dia kehendaki._
_▪Disebabkan kebanyakan pokok pembicaraannya tentang pernyataan pemutusan perjanjian dengan kaum musyrikin._
*☪Kesimpulannya kita sebagai manusia biasa jangan hiraukan terhadap manusia yang kufur, manusia yang munafik dan yang kafir sekiranya mereka memusuhi kita kerana Allah tu ada.*
_Sebarang rancangan jahat tidak akan berjaya tanpa izinNya. Segala puji dan anugerah hanyalah milik Allah._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment