Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180113

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Haji Mohd Salmi*
      *Bin Haji Suhaimi Al-*
      *Madani*
*🕌Ahli Jawatankuasa*
      *Majlis Fatwa Negeri*
       *Pulau Pinang }*
*📚 Soal & Jawab*
       *kemusykilan Agama*

*SOALAN :*
*Bilakah waktu yg baik untuk baca quran?*

*JAWAPAN :*
☪Imam An Nawawi رحمه الله تعالى عنه menjelaskanya bahawa *waktu yang Afdhal membaca Al-Quran adalah ketika didalam solat.* Menurut Imam Syafie dan lainnya, memanjangkan masa berdiri ketika solat atau qiam dengan membaca AlQuran adalah *lebih afdhal daripada memanjangkan sujud.*

☪Membaca AlQuran di luar solat adalah yang seafdhalnya diwaktu malam, lebih-lebih lagi di waktu *pertengahan kedua malam. Bacaan diantara waktu Maghrib dan Isyak juga disukai perbuatannya.*

☪Di waktu siang pula, yang afdhalnya *selepas waktu solat Subuh,* tiada sama sekali waktu dimakruhkan bacaan, *pandangan yang menyatakan makruh bacaan selepas Asar dan ianya adalah amalan orang yahudi adalah tidak benar dan tiada dalil bagi menyokong pandangan ini.*

☪Pilihan hari-hari yang Afdhal pula adalah hari Jumaat, Isnin, Khamis, hari Arafah, sepuluh hari terakhir Ramadhan dan sepuluh hari yang awal bulan Zulhijjah.
*Pilihan bulan yang afdhal membaca AlQuran adalan bulan Ramadhan*
( Al Tibyan Fi Aadab Hamalah Al Quran m.s 122 )

☪Apatah lagi jika bacaan ini dilakukan didalam solat malam ketika beriktikaf di masjid,maka semua kelebihan dapat kita rebut:-
*اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ*.  

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment