Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 171230

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Fauzi Tahir*
*Masjid Matang Gedung*
*Kuliah Maghrib*
*Kitab Al Qaulu Tam Fi Ahkam Al Makmun Wal Iman*
*MASALAH 66*
☪Sesungguhnya yang pertama dihisab pada hamba di hari kiamat dari amalannya adalah solatnya. Apabila bagus/ baik maka ia beruntung dan selamat tetapi bila rosak maka celaka dan rugilah hamba tersebut.
☪Disunatkan di dalam sembahyang beberapa tempat yang ada saktah. Maka jika tidak ada saktah banyak perbuatan dalam solat menjadi makhruh.
▪Saktah bermaksud berhenti sekejap ambil nafas. Selepas takbiratul ihram maka janganlah sambungkan dgn doa iftitah.
_▪Takbiratul ihram itu wajib_ manakala *doa iftitah itu sunat* jadi jangan dicampurkan. Biar ada tomakninah.
▪Tomakninah (berhenti seketika) yang diabai dan dilupakan kebanyakan Mukmin ketika mengerjakan solat. Tomakninah termasuk salah satu daripada rukun solat yang mesti dilakukan namun masih ramai yang cuai.
▪Selepas *وَلَا الضَّالِّينَ* berhentilah sekejap sebelum membaca *آمين* supaya kita faham bahawa *آمين* itu bukan sebahagian daripada fatihah.
▪Selesai baca doa iftitah _(bukan dari al quran)_ jangan tergesa² baca al fatihah _(dari al quran)_.
▪Selepas selesai daripada membaca surah, disunatkan saktah sebelum turun rukuk.
▪Disunatkan bagi imam, makmun dan munfarid (sembahyang sendirian) membaca *آمين*.
☪Disunatkan makmun turut membaca serentak dengan imam krn ada hadis sabda nabi saw:
*Kєrαnα barangsiapa yang ucapan   آمين*  *nya*        *bersamaan dengan* *آمين*
*nya malaikat, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR. Al-Bukhari).*
狼 - yang di ampunkan dosa² itu semuanya dosa² kecil sahaja.
 - dosa² besar kena minta ampun sendiri pada Allah atau pada manusia _(kalau buat khianat dan fitnah)_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment