Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171130

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*uѕtαz md noor zakaria*
*risalah buat mereka yg mencari petunjuk Allah*
*masjid taman keladi*
*Dan jauhilah hawa nafsumu. Jangan ikut kata hati yg buat kejahatan yakni yg jauh dari Allah.*
*Dan sembunyikan zikirmu (ibadahmu) yakni jgn menunjuk² takut nanti akan timbul perasaan² lain (riak).*
_kalau nak bagi talbiyah (peringatan) amat baik untuk berkongsi kebaikan_
_nak jaga hati supaya tidak jatuh pada benda² yg berdosa (riak)_
*Dan sentiasa bersyukur kepada Allah. Sebutlah selalu dibibir.*
_ajar diri kita bila nak makan_
*-بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ-*
_dan selesai makan_
*اَلْحَمْدُلِلّهِ*
_❤Allah menyukai kita  memujiNya_
*Dan perbanyakkan beristighfar.*
*اَسْتَغْفِرُ اَللّهَ*
*Kita banyak dosa.*
_Ambil peringatan dgn sentiasa berfikir yakni muhasabah diri_
_meminta ampun pada Allah. Hadapi fitnah dgn ilmu dan jangan berhadapan dgn fitnah menggunakan emosi_
_Nabi Muhammad saw minta kita membaca surah al kahfi supaya kita terhindar dr fitnah dajjal yakni sifat yg berdusta_
*مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا*
(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; *besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.* {18:5}
_manusia suka berdusta hanya krn benda² kecil walhal berdusta itu adalah sifat dajjal_
*Dan jangan bersikap gopoh kerana kegopohan akan memudaratkan. Kena sentiasa berhati² dengan kehidupan ini.*
*Berakhlak mulia dalam pergaulan.*
_maniskan dalam senyuman._
_jangan membalas seseorang dgn kejahatan_
*Dan berhati² dengan pujian terutamanya dr orang² yg jahil.*
_Pujian akan merosakkan kita sekiranya kita mudah terpesona dgn pujian org._
_藍Kurangkan ketawa kerana ketawa akan mematikan hati_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment