Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180107

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Syakir bin Nasoha*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
☪Allah kurniakan satu surah yang kita baca  berulang kali sebanyak 17 x dalam solat fardhu.
▪Kata baginda Rasulullah SAW  _"nak tak aku ajar satu surah yang tidak diajar kepada nabi² sebelum aku dan hanya untuk kamu semua"?_
▪Iaitu suratul fatihah juga dipanggil surah pembukaan.
*بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ*
*Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. {1:1}*
*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ*
*Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. {1:2}*
*الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ*
*Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. {1:3}*
*مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ*
*Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat). {1:4}*
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
*Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. {1:5}*
*اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ*
*Tunjukilah kami jalan yang lurus. {1:6}*
*صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ*
*Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. {1:7}*
☪Hati yang sempit, masalah yang sempit, kehidupan yang sempit mudah-mudahan bila sering dibaca dan diamalkan akan menjadi lapang.
☪Jangan dianggap ianya surah yang biasa dan meminggirkan. _Ramai minta ayat² yg power kat ustaz² tetapi tak nampak ayat yang banyak mukjizatnya._
☪Biasala, orang melayu ni  nak ayat² yang pelik². Walaupun satu huruf pun tak faham.
_Ayat jadi biasa kalau yang membacanya tak faham isi kandungannya._
☪Setiap sesuatu bergantung kepada niat. Niat yang baik ketika membacanya akan memperolehi kebaikan. Amalkan dan istiqamah dengan setiap perbuatan.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment