Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171202

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    ρєякσиgѕιαи
*Ustaz Rizauddin b Yaakob*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq- MABAS*
_Apabila kita memperkatakan tentang cinta, pasti tergambar di benak fikiran kita *cinta anak kepada ibu bapa, cinta isteri kepada suami, cinta sahabat kepada sahabat yang lain atau cinta sesama manusia.* Sedangkan manusia sering alpa dengan kehebatan cinta hamba kepada Allah dan kemuliaan cinta umat kepada Rasulnya._
_Sempena Maulidur Rasul yang disambut saban tahun, pelbagai program dan aktiviti dilaksanakan bagi menyambut ulang tahun kelahiran Rasulullah saw. Namun persoalannya *adakah sambutan itu diadakan atas dasar kecintaan kepada Rasulullah atau sekadar menjadi trend budaya semata-mata.* Hal ini dapat dielakkan sekiranya semua masyarakat Islam memahami serta menghayati pengorbanan Rasulullah s.w.t dalam menegakkan Islam dan membawa rahmat ke seluruh alam. Jangan kita  terdiri drpd org² yg lalai. Orang buat sambutan krn cinta nabi saw *kita pun ikut send maklumat* tetapi satu benda pun tak tahu ttg maulidur rasul._
_Lantaran itu, mengingati kelahiran Nabi s.a.w adalah wajar untuk disambut memandangkan nikmat Islam yang dibawa oleh baginda selaku pesuruh Allah kepada kita semua adalah nikmat yang tidak ternilai dan tiada bandingnya. Oleh yang demikian, *kita seharusnya meletakkan kecintaan kepada Nabi s.a.w lebih berbanding dengan diri kita* dan manusia lainnya. Dalam hadith daripada Anas bin Malik r.a. berkata:_
*قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ «لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ*
_Nabi SAW bersabda:_
*“Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga aku lebih dikasihi oleh kamu berbanding dengan anak-anak,* *kedua ibu bapa dan manusia yang lainnya.”*
▪Hadis ini merupakan hadis sahih yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dalam kitab sahih mereka.
▪Hadis ini berkaitan dengan kecintaan kepada Rasulullah s.a.w sebahagian daripada iman (tanda keimanan).
▪Bahawa kasih dan cinta kepada Nabi SAW adalah daripada perkara usul keimanan iaitu menyamai kasih dan cinta kepada Allah SWT.
▪Penekanan perlu diberikan kepada cinta kepada Allah dan RasulNya berikutan terdapat beberapa perkara yang dikasihi dan disayangi oleh kebanyakan orang iaitu cinta kepada kaum keluarga, harta benda, negara atau tanah air dan pelbagai perkara lagi.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment