Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180114

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Tuan Syeikh Aminuddin*
      *Abd Rahim*
*Masjid Taman Keladi*
*Adap² dan doa tidur*
*Adap² tidur menurut Imam Al Ghazali.*
*(1)* Menghadap Kiblat.
*(2)* Tidur secara mengiring di atas lambung sebelah kanan.
*(3)* Tidur dalam berwuduk.
*(4)* Menulis wasiat.
*(5)* Beristighfarlah dan bertaubat tidak mahu mengulang membuat dosa.
*(6)* Niatkan untuk berbuat kebaikan kepada seluruh manusia jika Allah menghidupkan kan kembali dari tidur. Dan ingatlah sekiranya tidak dibangunkan maka kamu akan dibaringkan didalam liang lahad sedemikian.
*(7)* Tidurlah bila terasa mengantuk dan berniatlah untuk bangun awal untuk melaksanakan qiyamullail di akhit malam.
*(8)* Sediakan disisi kayu sugi dan air.
*(9)* Hendaklah berazam utk bangun qiyamulail.
Sabda Nabi s.a.w:
*“Sesiapa yang mendatangi tilamnya dalam keadaan dia berniat hendak bangun solat malam dan dia terlajak tidur sehingga subuh maka ditulis pahala apa yang diniatkan.Tidurnya itu adalah sedekah dari tuhannya.”*
_(Hadis riwayat Imam Nasaie dan Ibnu Majah No 1344 dgn sanad sahih diatas syarat2 Imam Muslim)_
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment