Pages

Wednesday 21 March 2018

CATITAN KAK IJA 180319

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Ahmad Husam Dato Syeikh Baderuddin*
*🕌Masjid Abu Bakar As Siddiq-MABAS*
*📚Al Jauhar Al Mauhub Wa Munabbihat al Qulub- (permata pemberian yang indah dan menjaga segala hati yang lalai)*

*📗KELEBIHAN 'ILMU DAN ULAMA'*

_☪( Dan ) lagi kata Abu Darda رضى الله عنه_

*اَلْعَالِمُ وَالْمُتَعَلِّمُ شَرِيْكَانِ فِى الْخَيْرِ.وَسَائِرُ النَّاسِ هَمَجٌ لاَ خَيْرَ فِيْهِمْ*

*“( Bermula ) orang yang mengajar dan orang yang belajar ‘ilmu itu bersekutu keduanya di dalam kebajikan dan segala (sekelian) manusia, seperti lalat atas muka binatang, tiada kebajikan pada mereka itu.*

▪Orang alim dan yang belajar bersekutu mereka duduk dalam keadaan yang  baik.
▪Akhir zaman nak cari orang yang baik amat sukar,  nak cari hidup yang dalam keberkatan amat susah.
▪Allah dah cabut keberkatan itu kerana mereka buat *tidak niat kerana Allah.*
▪Lebih kepada mencari keduniaan dan niat yang baik itu semakin hilang.
▪yang lain daripadanya itu sejahat-jahat manusia yang tiada kebajikannya pada mereka itu.

_☪Dan kata Abu Darda_ _رضى الله عنه_

*كُنْ عَالِمًا أَوْمُتَعَلِّمًا أَوْمُسْتَمِعًا وَلاَ تَكُنْ رَابِعً فَتَهْلِكَ*

*“Jadi olehmu  ‘alim, atau orang yang belajar ‘ilmu, atau orang yang mendengarkan dan jangan kamu jadikan diri kamu itu orang yang keempat iaitu jahil maka jadi binasalah kamu.”*

▪Nabi saw minta kita jadi *orang yang cerdik yang berilmu.*
▪Nak buat ibadah kena ada ilmu.
▪Bila ada ilmu akan jadi alim, belajar jadi orang alim, mendengar percakapan orang alim.
▪Bila semakin belajar sepatutnya menjadi semakin alim kalau niat betul kerana Allah.
▪Siapa yang mengaji, mencari ilmu dan niat nak perbetul diri sendiri dan masyarakat supaya kenal agama *Hanya Allah yang tahu nak balas semuanya.*

_☪Dan sabda Nabi SAW :_

_*“Barangsiapa mempelajari satu bab dari ilmu untuk diajarkannya kepada manusia, maka ia diberikan pahala tujuh puluh orang shiddiq*_

▪Tugas kita niat kerana Allah, *Buat apa pun niat kerana Allah.*
▪Sesiapa yang buat kebajikan Allah akan bagi ganjarannya.
▪Sesiapa yang niat saja nak buat baik tetapi tidak melakukan lagi kebaikan itu maka hanya Allah yang maha mengetahui dan akan membalasnya diakhirat nanti walaupun malaikat tidak tulis amalan tersebut.
▪Yang penting jangan ada dalam hati nak buat jahat,  hidup berpura².
*▪"Sesungguhnya segala 'amal itu dengan niat."*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹🍃✿🍃🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment