Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180124

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Lutfi Amir*
*🕌Masjid Taman Keladi*
*📚Jemputan*

🖍Allah memerintahkan kita untuk berhijrah dan mencari ilmu untuk beribadah kepada Allah dan berdakwah di jalanNya. *Nabi Ibrahim as, setelah sekian tahun berdakwah pada kaumnya, ternyata bukan mendpt  sambutan baik, akan tetapi cercaan, hinaan, bahkan usaha bunuh.* Kita tak sampai pun kena bunuh hanya cercaan dan fitnah saja tapi ramai dah fed up. Rata² rasa tak syok sebab tak dapat 👍. Ingatlah biar apa kita buat hanya utk Allah. Cari redha Allah bukan nya redha manusia.

*1⃣Ujian pertama*
di masa mudanya, nabi Ibrαhim sedih melihat kaumnya, termasuk ayahnya, menyembah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat atau pun mudharat.. berkali-kali ia menasihati ayahnya dan kaumnya untuk berhenti melakukan, dan menyembah hanya kepada Allah semata, namun tidak juga berhasil.

*2⃣ujian kedua*
*"Patutkah ayah menjadikan berhala-berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata"*
Semenjak dari kecil lagi Nabi Ibrahim telah diuji. Bapanya seorang tukang pembuat berhala.Bapanya menghalau baginda dari rumah kerana bencikan berhala.

*3⃣ujian ketiga*
Akhirnya, ketika seluruh kaumnya sedang pergi, Ibrhim masuk ke kuil  mereka dengan membawa kapak, menghancurkan berhala² yang kecil, lalu menggantungkan kapaknya itu di patung yang besar.
Mereka tahu yg melakukan itu ialah nabi ibrahim lantas beliau dilempar ke dalam api yg besar.
Singkat cerita, nabi Ibrahim yang sudah dikenal sering mencela berhala-berhala itu, pun di adili oleh kaumnya, hingga mereka pun memutuskan untuk membakarnya hidup² inilah ujian pertama dari Allah.
Kaumnya kehairanan ketika api reda, mereka masih melihat Ibrahim masih berdiri di tempat ia dibakar dalam keadaan hidup.

*4⃣Ujian Keempat*
Di sana ia menikah dengan wanita bernama Siti Sarah. Bertahun² berlalu namun tidak kunjung jua mereka memiliki keturunan. Lalu siti Sarah pun mengizinkan nabi Ibrahim untuk menikah lagi, demi kelangsungan garis keturunan kenabian yang Mulia, dan  nabi Ibrahim pun menikah dengan Siti Hajar.
Rupanya hal ini membuat siti Sarah cemburu, dan Allah masih ingin menguji ketaqwaan Ibrahim.
▪Diperintahkan nabi Ibrahim untuk membawa siti Hajar dan Ismail jauh dari tempat tinggalnya, hingga mereka sampai di tempat tandus, dan Allah memerintahkan Ibrahim untuk meninggalkan anak dan isterinya tersebut.
Ayah mana yang tega, meninggalkan isteri tercinta dan anak yang sangat diharapkan kehadirannya. di tengah² padang tandus? Namun sekali lagi, inilah ujian ketaqwaan bagi beliau. Dan Allah tidak menzalimi hambaNya, padang tandus itu pun berkembang menjadi kota berkat mata air yang muncul dari tempat kaki Isma'il kecil berbaring, yang ketika melihatnya, Siti hajar - yang telah bolak balik bukit Shofa Marwa- berteriak,  dalam bahasa arabnya, "Zam zam! Zam zam!"

*5⃣Ujian kelima*
Beberapa tahun sesudahnya, ketika Isma'il memasuki usia remaja. Nabi Ibrahim gelisah. Ia melihat dalam mimpinya, dirinya menyembelih Isma'il dengan tangannya sendiri. Mimpi itu datang tiga malam berturut-turut. Dan krn syaitan tidak dapat menguasai diri para nabi, maka beliau pun yakin bahwa itu adalah perintah dari Allah untuk dilakukan.
▪Isma'il menjawab, *"wahai ayah ku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah engkau akan mendapati ku termasuk orang-orang yang sabar."*
ketika Ibrαhim mengangkat pisaunya, Allah berfirman: *"wahai Ibrahim, sungguh kamu telah membenarkan mimpi itu."*
maksudnya, nabi Ibrhim telah melaksanakan apa yang Allah inginkan. Allah tidak ingin Ibrohim menyembelih Isma'il, Dia hanya ingin melihat ketaqwaan Ibrahim. maka Allah pun mengganti perintah Nya dengan perintah menyembelih haiwan.

🖍Allah tak suruh pun kita sembelih anak sendiri utk tunjuk ketaqwaan kpd Allah. Allah suruh kita buat ibadah qurban saja sbg tanda syukur kpd Allah. Ayuh kita kumpul duit utk buat ibadah qurban pada hari raya haji yang akan datang. InsyaAllah.

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment