Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180104

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Mutalib Maarof*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq - MABAS*
*Sairus Salikin jilid ke 2*
_sambungan_
*☪Adap yang kesembilan*
▪Sunnah punggut makanan yang t jatuh. Lebih² lagi makanan yg kering dan terjatuh diatas tempat yg bersih.
Rasulullah SAW telah bersabda:
*“Apabila suapan seseorang kamu terjatuh maka hendaklah dia mengambilnya, hendaklah dia membuang kemudharatan padanya dan hendaklah dia memakannya dan janganlah dia meninggalkannya kepada syaitan"*
▪Kecuali lah sekiranya makanan itu terjatuh d tempat yang kotor.
*☪Adap yang kesepuluh*
▪Jangan makan makanan yang panas2. Dan dilarang meniup makanan yg panas² itu. Tunggu sehingga sejuk.
▪Orang melayu suka ikut budaya orang. Sekarang dapur pun sudah d letak d atas meja makan. Sb nak makanan yg berasap atas meja.
*☪Adap yang kesebelas*
▪Sunnah memakan kurma dan anggur kering dalam bilangan yang ganjil.
▪Sabda Rasulullah SAW: Barang siapa yang makan pagi dengan *tujuh butir kurma Ajwa,* maka tak akan mencelakainya dengan penyakit dalam perut (racun dan cacing²) dan
▪Barangsiapa *memakan 21 biji kismis merah,* maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi.
▪Nak makanan buah apa pun ikutlah dlm kiraan ganjil. Kurma dan anggur akan jadi penawar kalau betul cara makannya dan kena *istiqamahlah*jgn makan 3x dh bharap penyakit akan pulih.
*☪Adap yang keduabelas*
▪Kalau makan kurma, biji kurma jangan diletak didalam bekas kurma tersebut. Kena jaga adap dengan tetamu lain sama.
▪Bukan hanya untuk kurma sahaja termasuklah buah²an yang lain yg ada biji. Jangan diletak balik biji didalam bekas yang ada buah tadi.
*☪Adap yang ketigabelas*
▪Sunnah jangan minum air ketika sedang makan. Sebaiknya selesai makan barulah diteguk air.
▪Biar selesai makan barulah diteguk air kecualilah kalau terlekat makanan dikerongkong.
▪Ahli perubatan barat pun melarang kita meminum air sambil makan. Sebab ianya akan mengundang penyakit.
▪Adap meminum air dengan tangan kanan. Dan sunnah meminum dengan 3 x nafas dan sunat mengucap
*بِسۡمِ ٱللهِ*
dan sunat juga pada akhir minum menyebut *الْحَمْدُ لِلَّهِ*
dan nafas seterusnya dengan menyebut:
*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ*
dan dalam nafas yang terakhir menyebut:
*الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ*
*الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ*
dan akhir sekali berdoa dengan memuji Allah:
*اَلْحَمْدُ لِلهِ الَّذِيْ جَعَلَهُ عَذْبًا فُرَاتًا بِرَحْمَتِهِ وَلَمْ يَجْعَلْهُ مِلْحًا أُجَاجًا بِذُنُوْبِنَا*
_“Segala puji bagi Allah yang menjadikan air ini tawar lagi bening dengan sebab rahmatNya, dan tidak menjadikan air ini masin lagi pahit lagi dengan sebab dosa kami,”_
▪Yang paling baik air janganlah di teguk sebaiknya dengan cara menghisap.
Dan gunakan tangan kanan utk memegang gelas.
▪Dahulukan memberi minuman sebelah kanan dulu. ‘Abdullah bin Abdul Rahman mendengar Anas bin Malik r.a berkata: Rasulullah s.a.w datang ke rumah kami, dan meminta minuman. Kami pun memerahkan susu kambing buatnya dan mencampurkannya dengan air daripada perigi ku ini. Aku pun memberikan susu itu kepada Rasulullah s.a.w, baginda s.a.w terus minum. Ketika itu Abu Bakar r.a berada di kirinya, ‘Umar r.a di hadapannya, dan seorang Arab Badwi di kanannya. Setelah Rasulullah s.a.w selesai minum, ‘Umar r.a berkata: Ini Abu Bakar ya Rasulullah, berikan dia minum. *Lalu Rasulullah s.a.w memberikan minuman itu kepada orang Arab Badwi tadi, dan membiarkan Abu Bakar dan ‘Umar r.a. Rasulullah s.a.w pun bersabda: Dari kanan, dari kanan, dari kanan.* Anas r.a berkata: *Inilah sunnah, inilah sunnah, inilah sunnah.*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment