Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171220

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Halim Nasir*
*Masjid Ar Rahman, Pekan*
*Fiqh Aulawiyyat*
*Kekufuran- Hilangnya keyakinan terhadap islam*
_(caтaтan rιngĸaѕ)_
☪Perbuatan menyebarkan dan menyeru orang kepada kekufuran mengenai islam adalah lebih jahat dari melakukan rampasan harta.
Ianya virus yg bahaya dan kena ada pencegahan segera.
☪Kata baginda Rasulullah SAW bahawa antara yg boleh dihukum bunuh ada 3 golongan. Golongan itu ialah:
▪Orang yang berkahwin dan melakukan zina.
▪Orang yang membunuh dengan sengaja.
▪Mereka yang meninggalkan islam yakni murtad.
_(kena bagi peluang untuk  kembali kepada islam)_
☪Surah Ar-Rum  Ayat 30:
*فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا ۚ فِطْرَتَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا ۚ لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَٰكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ*
_(Setelah jelas kesesatan syirik itu) maka hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikut-pengikutmu, wahai Muhammad) ke arah ugama yang jauh dari kesesatan; (turutlah terus) ugama Allah, iaitu ugama yang Allah menciptakan manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya) untuk menerimanya; tidaklah patut ada sebarang perubahan pada ciptaan Allah itu; itulah ugama yang betul lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. {30:30}_
☪Islam adalah agama yang lurus.  Tiada cacat celanya tetapi akiqah manusia yg memesongkan umat islam amatlah jahat.
Islam agama fitrah. Semua bangsa blh terima islam sekiranya mereka bertauhid. Kita sebagai bangsa melayu yang islam keturunan seharusnya bersyukur kerana lahir dlm keluarga islam. Orang yang memesongkan akidah orang lain sebenarnya dia telah hilang harga diri.
*وَمَن يَبْتَغِ غَيْرَ الْإِسْلَامِ دِينًا فَلَن يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الْآخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ*
Dan sesiapa yang mencari ugama selain ugama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi. {3:85}
☪Pengakuan yang dusta diiringi penghalalan perbuatan merusak agama itulah dua bahaya sekaligus yang sangat mencelakakan.
Perbuatan itu jelas bukan sekadar untuk diri mereka sendiri namun sasarannya justeru umat manusia. Ketika mereka melancarkan pengakuan yang dusta, sasarannya agar manusia tertipu. Dan ketika menghalalkan kerosakan, agar apa yg mereka kata  itu diikuti, bahkan diterapkan bersama-sama. Padahal ketika diikuti justru kerusakan agama lah yang terjadi, kerana telah menyebarkan kekufuran. Sehingga nampaknya adalah baik dgn penyebaran (yaitu fahaman mrk dikata lurus), jalan bagi para manusia agar selamat di dunia dan akhirat, namun sebenarnya sudah dibengkokkan bahkan telah rosak keyakinannya itu.
_Kesimpulannya kita harus  mengelak diri dari terjerumus kekufuran_
_▪Teguhkan keimanan kepada Allah._
_▪Sentiasa mendalami ilmu akidah._
_▪Jauhi diri daripada berkawan dengan mereka yang terlibat dengan kufur._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment