Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 180110

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Aswad Nasron*
*Masjid Tuanku Habsah-* 
       *PDG TEMUSU*
*Hadis 40 Jalan Ke*
       *Syurga*
_☪Jalan menuju ke syurga seorang isteri mestilah solehah. Kalau isterinya solehah sudah tentu suaminya adalah imam yang baik yang dapat menjaga kesucian isterinya. Dapat membimbing ke jalan yang diredhai Allah._
_☪Suami yang baik akan menjaga aurat isterinya. Tidak membiarkan isterinya menjadi tarikan dari lelaki² diluar._
*☪Daripada Ummu Salamah R.ha katanya, sabda Rasulullah SAW, _“Mana-mana wanita yang meninggal dunia sedang suaminya redha terhadapnya nescaya dia akan masuk ke syurga”._*
_Suami yang redha terhadap isterinya yang telah meninggal dunia membolehkan isterinya dimasukkan ke dalam syurga._
_Isteri hendaklah melakukan suatu perkara yang diredhai oleh suaminya._
_Keizinan suami atas suatu perkara yang dilakukan oleh isterinya adalah menunjukkan keredhaan suami._
*Jika ada kesalahan isteri, maka seorang suami yang baik akan memaafkan.*
_Sebelum tidur minta maaflah dengan suami._
*Seorang suami yang baik akan mengenang jasa² isterinya yg mengandungkan dan melahirkan anak² kerana melahirkan anak itu amat perit dan sakit. Sekirannya meninggal dunia waktu melahirkan disebut mati syahid*
*Dan seorang suami yang baik akan mengajar agama kepada isterinya dan menyiapkan keperluan rumah tangga yg selengkapnya*
_☪Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,_
*إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خَمْسَهَا وَصَامَتْ شَهْرَهَا وَحَفِظَتْ فَرْجَهَا وَأَطَاعَتْ زَوْجَهَا قِيلَ لَهَا ادْخُلِى الْجَنَّةَ مِنْ أَىِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شِئْتِ*
*“Jika seorang wanita selalu menjaga:*
*i -  solat lima waktu,*
*ii - juga berpuasa sebulan (di bulan Ramadhan),*
*iii - menjaga kemaluannya (dari perbuatan zina)*
*iv -dan taat pada suaminya, maka dikatakan pada wanita tersebut, “Masuklah ke syurga melalui pintu manapun yang engkau suka.” (HR. Ahmad; sahih)*
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment