Pages

Thursday 15 March 2018

CATITAN KAK IJA 171222

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Mohamed Tarmizi Shamsul Arif*
*Masjid Abu Bakar As Siddiq - MABAS*
*Tafsir Ayat Al Fatihah*
_Surah Al-Fatihah  Ayat 5:_
*إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ*
*Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. {1:5}*
☪Sєвαgαí mαkhluk Allαh wαjíв вєrgαntung kєpαdα Allαh. Kita manusia sentiasa bergantung berhajat kepada Allah. Allah layak disembah kerana dzat yang terkaya ada pada tuhan yang kita panggil Allah.
▪Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, yaitu melalui petunjuk dan hidayah-Mu. Kemudian diperjelas lagi maknanya oleh ayat berikut.
▪Bukan (jalan) mereka yang dimurkai) Yang dimaksud adalah orang-orang Yahudi. (Dan bukan pula) dan selain orang² yg sesat.
▪Cukuplah bagi kita Allah sebagai penolong dan Dialah sebaik-baik penolong. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan hanya berkat pertolongan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.
☪Makhluk seperti kita memiliki macam² keinginan dan keperluan hanya perlu beribadah padaNya dan berdoa padNya. Wajib kita meminta hanya pada Allah.
_Sekiranya kita meminta selain dari Allah itu bermakna kita syirik padaNya._ Kita bukan lagi hidup dizaman dahulu kala yang susah nak dapat ilmu, hanya menjadi pak turut sahaja.
☪Dahulu kalau tiba bulan safar maka berpusu² kelaut nak buang sial termasuklah pak imam, tok bilal dan yang seangkatan dgnnya. Zaman sekarang ilmu agama mudah dapat, jadi carilah ilmu dan selami ilmu agar kita tidak terpesong akidah.
☪Kita percaya kepada tuhan yang satu. Yang maha berkuasa lagi maha penyayang. Apa sahaja yg berlaku adalah dengan izinNya. _Sesiapa pun yang nak binasakan kita kalau_ _Allah tak izinkan maka tidak_
_akan berlaku._
Hanya pada Allah tempat kita mengabdikan diri dan kita memohon perlindungan.
☪Maka kesimpulannya, _jom kita berdoa semasa baca ayat ini dalam solat kita,_ minta kepada Allah supaya kita tidak menjadi seperti orang Nasara dan orang² sesat. Mereka itu telah tersalah jalan kerana mereka telah silap belajar atau malas belajar, tetapi mereka sangka mereka benar. Oleh itu, _kita berharap kepada Allah, janganlah beri kita ilmu yang salah._ Kita minta kepada Allah agar berikan kita ilmu-ilmu yang benar belaka. _Kita memohon kepada Allah untuk memimpin kita ke jalan yang benar._
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment