Pages

Tuesday 13 March 2018

CATITAN KAK IJA 171231

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*
    *ρєякσиgѕιαи*
*Ustaz Salehuddin Yazid*
*Masjid Qariah Taman Keladi*
*Kuliah maghrib*
nαвí Muhammad saw telah bersabda bahawa kita harus *membuat persediaan untuk kita balik bertemu Allah.* Nabi saw amat sayang kepada kita jadi baginda selalu memberi peringatan supaya kita membuat persiapan.
*1⃣"Apabila kamu mati, sesudah dimandikan, di kafankan dan diletakkan di atas bahu untuk diusung, maka roh yang baik akan bkata"*
_"segeralah bawa aku ke kubur_
Si mati sudah nampak apa yang ada didalam lubang² kubur kerana disitu akan menjadi taman² syurga baginya.
*▪Si mati adalah orang baik tetapi dia tetap melakukan dosa tetapi dia bersegera bertaubat.*
▪Semasa hidup didunia dia tidak boleh jumpa Allah. Dia rindu nak jumpa Allah.
Semasa rohnya dijemput malaikat, malaikat datang dengan bpakaian putih, wangi dan mencabut nyawanya dengan lembut.
▪Semasa sakaratul mautnya, Allah telah memperlihatkan syurga yakni tempat tinggalnya. Sebab itu semasa di atas usungan dia ingin segera ke kubur.
2⃣Bagi roh² yang jahat, semasa sakaratul maut, malaikat datang dengan pakaian hitam dan roh simati dicabut/ direntap dengan kuat.
▪Dan semasa sakaratul maut itulah Allah memperlihatkan wajah² neraka sebagai tempat tinggalnya.
▪Setelah selesai di kafankan, semasa si mati berada di atas usungan, ketika  itulah rohnya akan memaki orang² yg mengusungnya. Dia bertempek bertanya kemana dia akan dibawa pergi. Si mati tidak mahu ke kubur kerana dia telah tahu keadaan kubur itu adalah lubang² neraka yg menantinya.
*▪Yang mati itu tentunya bukan orang baik kerana dia berbuat dosa tetapi dia tidak sempat bertaubat.*
3⃣Rasulullah sering memberi peringatan tentang alam kubur. Kubur yang gelap dan penuh binatang² berbisa menanti si pembuat dosa. Tetapi kita sering buat endah tak endah. *Mungkin kita rasa lambat lagi nak mati.*
▪Dasyat sungguh semasa sakaratul maut bagi pembuat dosa. Nyawanya direntap dengan bengis oleh malaikat atas perintah dari Allah.
▪Rasulullah saw sering memberi peringatan utk kita beristighfar dan bertaubat tetapi kita masih leka.
*▪Kalau la kita dapat mendengar pekikan simati yang di dalam perjalanan menuju kubur tentu kita akan jatuh pengsan. Mungkin la waktu tu kita akan bersegera bertaubat.*
▪Tetapi kita tidak dapat mendengar apa², cuma yang dpt mendengar adalah mahkluk² lain selain manusia.
*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*
═══ ¤❁✿❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment