Pages

Monday 12 March 2018

CATITAN KAK IJA 180205

*ُالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ*
      *بِسْمِ اللهِ الرَّحمَٰنِ الرَّحِِيم*
*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ*
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

*اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّد*ٍ
*وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد*

    *🌹ρєякσиgѕιαи🌹*

*🎙Ustaz Hafis Mustafa Lubis*
*🕌Masjid Tuanku Puan Habsah-pdg temusu*
*📚Sairus Salikin-Adab² bersahabat*
_(sambungan)_

*FASAL YG KEDUA- Pada menyatanya makna bersaudara dan bersahabat*

*☪Dan bersahabat itu ada empat jenis.*
1⃣Kasih akan seseorang kerana zatnya. Kerana seronok bersahabat kerana tubuh badan sahabat tersebut cantik dsbgnya.
2⃣Kasih pada seseorang bukan kerana zat tadi tetapi kerana maslahat dunia. Berkawan kerana dapat habuan dunia. Mengharapkan apa yg ada pada sahabat itu. Bersahabat tidak ikhlas.
3⃣Bersahabat kerana Allah dan kerana akhirat. Kerana alimnya sahabat dan bila berkawan akan dapat ilmu. Kerana ilmu itu dapat pula beramal. Bila beramal maka dapat pula habuan akhirat. Ini adalah bersahabat kerana Allah iaitu _ukhwawatun fillah_
4⃣Kasih akan sahabat kerana Allah taala. Tetapi bukan nak dapatkan ilmu, bukan kerana beramal dan bukan kerana akhirat. Kerana ia kasih akan Allah maka bersahabat kerana hambaNya. Seperti kasihnya saidina Abu Bakar kepada Nabi Muhammad saw. Kasihnya para sahabat kepada nabi kita muhammad saw. Semua para sahabat berebut² nak berbuat kebaikan kepada agama kerana Allah. Mereka berlumba² berinfak hanya kerana Allah.

*☪Berdasarkan ayat² diatas dapat kita simpulkan bahawa ada pelbagai sebab org bersahabat. Ada yg terbaik utk kita ikut dan jauhi:*

*▶Bersahabatlah dengan orang-orang yang sentiasa beribadat kepada Allah dan mengharap keredhaanNya.* Sahabat yg baik dapat membawa kita kepada Allah. Dapat kita kenal Allah. Dan kerana sahabat yg beriman dapat kita mendapat syafaatnya di akhirat nanti.
Jangan menjauhi diri dari orang-orang ahli ibadat, semata² nak mengejar kesenangan dunia.
*▶Jangan bersahabat dengan orang-orang fasik serta mematuhi dan mengikut perbuatannya yg jahat.*
*Tidak beriman seseorang itu bila masih bersahabat dengan orang yg melakukan kejahatan.*
▶Bukan orang yang baik sekiranya seseorang itu masih bersahabat dengan orang yg merancang kejahatan. Masih tidak beriman lagi seseorang yg masih duduk dalan kelompok yg sentiasa merancang kejahatan dan ingin menjatuhkan orang lain.
*▶Al Hubbu fillah wa lillah (kecintaan krn Allah dan di jalan Allah). Kecintaan ini merupakan syarat dari kecintaan kepada apa yang dicintai oleh Allah (mahabbatu ma yuhibbullah). Mencintai apa yang dicintai Allah tidak akan lurus kecuali jika ia mencintai krn Allah dan di jalan Allah.*
▶Bila kita bersahabat dengan sahabat yang baik dan sejati kerana untuk mendapatkan ridha dan kecintaan Allah, maka *semoga kelak Allah mengumpulkan kembali bersama di akhirat dalam naungan dan kecintaan Nya.*

*والله أعلم بالصواب*
_(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)_
      
       *#لَاتَحْزَنْإِنَّ اللَّهَ مَعَنَا* 
*#semogabermanfaat*
*#jomkongsikebaikan*
*#salamdakwah*

═══ ¤❁🌹✿🌹❁¤ ═══

No comments:

Post a Comment